Lukisan Digital
18/09/2017 | miza

Temuramah: Miza              Foto: Imran Kadir     Imran bin Kadir berasal dari Lahad Datu dan kini bermastautin di Kota Marudu, Sabah. Beliau merupakan di antara ribuan amatur yang meminati seni fotografi digital di samping bekerja sepenuh masa dengan berniaga. Fotografi merupakan sebahagian daripada kehidupan beliau. Bagaimanakah perjalanan fotografi suadara

Reaksi Kimia Fotografi Alternatif di Malaysia, Positif atau Negatif, Menjadi atau Tidak?
15/09/2017 | miza

Temuramah: Ashraf Saharudin          Foto: Aqmal Hadi Shapee     Bagaimana segalanya bermula? Saya dibesarkan dan mendapat pendidikan awal di Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pengajian di New Zealand dalam bidang komunikasi pemasaran. Tetapi daripada segi bidang kerjaya, saya menghabiskan lebih daripada sepuluh berada dalam bidang teknologi maklumat untuk bidang produksi dan penyiaran.

Kelainan
14/09/2017 | miza

Teks & Foto: Mohd Azlan M.A.M08     Kelainan adalah suatu yang sangat dicari-cari oleh ramai pengamal dan penggiat seni fotografi tanahair. Kelainan memang berupaya untuk mendatangkan atau menghasilkan sesuatu impak yang kuat dalam membuka perspektif minda agar terus terangsang dan menjana lebih ilham dan kapasiti intelektual. Dalam pada masa yang sama kelainan juga dapat menyumbang

Antara Aksi dan Mercutanda
13/09/2017 | miza

Teks & Foto: Dr Sharkawi Che Din     Fotografi sukan terutamanya sukan lasak menyediakan cabarannya yang tersendiri untuk mendapatkan gambar-gambar yang memiliki nilai-nilai seninya yang tersendiri. Merakam gambar-gambar aksi pantas memerlukan kita sentiasa sahaja peka pada persekitaran dan subjek utama yang hendak dirakam. Pengetahuan mendalam mengenai aspek-aspek teknikal adalah penting supaya proses rakaman dapat difokuskan

“Celaru dalam gembira”
12/09/2017 | miza

Teks & Foto: Andrialis Abdul Rahman   Warna, satu elemen penting dalam kehidupan seharian, cahaya memasuki ruang mata dan memenuhi aliran penglihatan. Warna dapat mempengaruhi satu-satu perkara dan mengubah perspektif perkara tersebut. Warna acap kali bermain-main di dalam diri seorang pengkarya, kotak fikirannya dipenuhi dengan bayangan karya seterusnya. Apabila hitam bertemu putih, kontra akan tercipta. Warna-warna

Negeri Kolam Ria
11/09/2017 | miza

Teks & Foto: Mohd Azlan M.A.M08     Dunia dan keakrabannya bersama-sama kebodohan memang tidak dapat dipisahkan, umpama manusia dengan ‘whatsapp’, umpama Obama dengan David Cameron. Dunia mendambakan kebodohan kerana dalam kebodohan itu adanya satu keindahan tentang apa-apa yang perlu kita terima atau tolak. Penolakan dan penerimaan, penafian dan deklarasi, suatu pilihan dan bukannya suatu paksaan.