Teks & Foto: Dr Sharkawi Che Din

Fotografi sukan terutamanya sukan lasak menyediakan cabarannya yang tersendiri untuk mendapatkan gambar-gambar yang memiliki nilai-nilai seninya yang tersendiri. Merakam gambar-gambar aksi pantas memerlukan kita sentiasa sahaja peka pada persekitaran dan subjek utama yang hendak dirakam. Pengetahuan mendalam mengenai aspek-aspek teknikal adalah penting supaya proses rakaman dapat difokuskan kepada penghasilan gambar yang menarik perhatian penonton.
Selain daripada berusaha untuk merakam gambar pada ‘Decisive Moment’, faktor-faktor tambahan yang penting adalah memastikan latar belakang gambar terdapat elemen-elemen komersial seperti mercu tanda ataupun bangunan yang dapat mencadangkan lokasi kepada individu yang melihat gambar-gambar tersebut.

Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah Fotografika isu 22 (Dis 2014/ Jan 2015)
