Teks & Foto: Jessica Chan

Baru-baru ini saya mengembara ke Pulau Easter yang terletak di Pantai Barat Chile. Untuk sampai ke pulau ini, saya perlu mengembara ke Santiago, ibu negeri Chile yang terletak sejauh 16,500km daripada Kuala Lumpur. Bagi saya, lawatan ini merupakan peluang seumur hidup dimana impian saya untuk membongkar misteri Moai, patung monumen yang terdapat di pulau tersebut. Malah, saya juga berjaya menemui deruan ombak besar memukul pantai Pulau Easter yang merupakan pulau kecil dikelilingi oleh Lautan Pasifik.

Sebagai jurugambar, imej yang dirakam perlu di simpan secara selamat merupakan perkara yang penting selain memastikan barang dipek seringan mungkin bagi mengelakkan bayaran terlebih muatan. Oleh itu, saya perlu meninggalkan komputer riba saya yang seberat 2 kg bersama-sama adapter di rumah. Apa yang saya inginkan ialah “sesuatu” yang boleh digunakan sebagai simpanan imej dan ternyata imej yang disimpan kekal selamat. Kadang kala saya juga merakam dalam file RAW + JPEG sepertimana yang anda tahu ruang simpanan perlulah besar. Ruangan simpanan gambar yang saya inginkan adalah ruang besar, mudah digunakan dan ringan.
Setelah melihat pelbagai produk yang ada dipasaran sekarang ini, WD My Passport Wireless memenuhi permintaan yang diingini. Di Malaysia, terdapat versi 1TB dan 2TB. Alur kad SD yang terdapat padanya memudahkan penggunaannya. Saya hanya perlu memasukkan kad SD dan imej secara automatik disalin daripada kad ke cakera keras. Dengan adanya hubungan Wi-Fi daripada My Passport ke telefon pintar, saya boleh melihat semula file yang telah diimport ke cakera keras menerusi aplikasi ‘My Cloud’. Apa yang penting, My Passport tidak akan menyalin semula file yang telah diimport sebelum ini. Walaupun saya memasang kad SD yang sama, hanya file baharu sahaja dipindahkan.

Selain menjadi alatan simpanan imej, WD My Passport Wireless juga boleh digunakan sebagai pusat hiburan simpanan filem yang boleh diulang tayang pada telefon pintar saya. WD My Passport Wireless menggunakan bateri cas semula dalaman dan pastinya ia mudah digunakan ketika pengembaraan.
Western Digital My Passport Wireless
Satu pemacu tanpa wayar untuk semua alat peranti anda. Anda boleh memindahkan gambar dan video daripada kad SD untuk terus merakam ketika anda dalam pengembaraan yang memerlukan banyak ruang untuk merakam. Dengan adanya My Passport Wireless, anda tidak perlu menggunakan wayar dan perkhidmatan perhubungan internet di samping ia boleh menghubungkan sehingga 8 alat peranti dalam masa yang sama.

Bagi pengembara anda tidak perlu lagi mengusung komputer riba yang berat untuk dibawa kerana anda boleh memindahkan gambar dalam kad SD ke dalam My Passport Wireless ini tanpa menggunakan komputer. Anda juga boleh mengulang tayang imej tersebut pada tablet atau telefon pintar anda menerusi aplikasi mobil WD My Cloud. Malah, anda juga boleh menghubungkan My Passport Wireless dengan alatan media lain seperti televisyen menerusi hubungan Wi-Fi.
Dengan adanya bateri cas semula, anda dapat menggunakannya sehingga 6 jam bagi aliran berterusan video dan sehingga 20 jam bagi masa siap sedia. Anda juga tidak perlu risau mengenai keselamatan gambar anda dalam My Passport Wireless ini kerana ia dilengkapi dengan pautan kata kunci Wi-Fi bagi setiap gambar, video, muzik dan dokumen penting yang anda simpan. Malah, anda dapat melindungi peranti anda daripada di akses USB menggunakan ‘Drive Lock’ pada papan pemuka peranti.

Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah digital Fotografika isu 30 (Apr/Mei 2016)
