Tourism Selangor menganjurkan SIIAF 2018 untuk kali ke-4

03/09/2018 | miza

Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor dengan kerjasama oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, serta Jabatan Kemajuan Orang Asal Malaysia (JAKOA) telah menganjurkan Festival Kesenian Orang Asal Antarabangsa Negeri Selangor 2018 yang berlangsung di Taman Botani Negara Shah Alam, Selangor pada 4 & 5 Ogos lalu.

WLCS9314

Festival ini turut dimeriahkan dengan keberangkatan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, diiringi oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Amiruddin Shari serta YB Exco Pelancongan, Kebudayaan, Peradaban Melayu dan Warisan Negeri Selangor, YB Datuk Abdul Rashid Asari. Objektif utama penganjuran festival ini adalah untuk menghargai Warisan Budaya Orang Asal yang dipraktikkan seluruh dunia sejajar dengan perayaan World’s Indigenous Arts Festival pada 9 Ogos setiap tahun.

WLCS9365

Tema acara tahun ini iaitu “The Hidden Gems of Selangor Unveiled” menjanjikan para pengunjung dengan kepelbagaian kebudayaan dan adat warisan kumpulan minoriti masyarakat ini. Festival ini turut menerima penyertaan daripada Kaum Orang Asal dari dalam negara seperti Negeri Selangor : Kaum Mah Meri, Negeri Perak : Kaum Semai, Negeri Pahang : Kaum Jahut, Negeri Kelantan : Kaum Temiar, Negeri Johor : Kaum Seletar, Negeri Sembilan : Kaum Temuan. Selain itu, terdapat 5 penyertaan dari kaum orang asal dari antarabangsa iaitu dari Negara Iran, Filipina, Indonesia, Thailand dan Laos.

DSCF1877

Acara ini telah mencipta sejarah tersendiri melalui “Malaysia’s Book of Record” dengan permainan tradisional kerchang terpanjang di Malaysia dengan rekod yang amat membanggakan. Antara tarikan utama merupakan acara tarian kebudayaan, demo persembahan makanan tradisional, kraftangan unik dan pameran fotografi “Faces of the World” oleh PCP Publications yang dipamerkan di pokok-pokok.

 

DSCF1893

WLCS9485

IMAG20180805161704