Teori Warna

20/05/2017 | miza

Teks : Miza

1

Sebuah kamera merupakan salah satu medium fotografi untuk merakam subjek dan dapat digunakan secara kreatif untuk menghasilkan imej yang artistik. Pengetahuan mengenai teknik asas amat penting bagi jurugambar. Begitu juga jurugambar perlu memahami teori warna seperti bagaimana warna bertindak dan hubungan warna antara satu sama lain dalam roda warna.

Roda warna merupakan perlambangan diagram hubungan antara warna yang berlainan. Roda warna telah ditemui oleh Sir Isaac Newton melalui pertemuan beliau menerusi prisma kaca yang telah membentuk pecahan warna pada tahun 1672.

colorwheel

Hampir keseluruhan kualiti cahaya dipengaruhi oleh kandungan warna. Sumber cahaya yang lazimnya digunakan dalam fotografi seperti cahaya semulajadi, lampu denyar elektronik dan lampu tungsten studio membentuk 3 asas gelombang. Gelombang ini diterima oleh mata manusia sebagai warna merah, hijau dan biru atau lebih dikenali sebagai RGB.

Perbezaan kadar gelombang RGB ini bergabung untuk membentuk pelbagai warna dalam cahaya RGB dimana gelombang ini dikenali sebagai Warna Primer. Penglihatan mata manusia mampu melihat kesemua kombinasi warna di antara 400 dan 700 nanometer. Rangkaian ini dipanggil spektrum cahaya tampak.

Untuk menjadikan penggunaan warna yang efektif dalam gambar, yang paling penting sekali untuk jurugambar ialah memahami warna yang berbeza boleh mempengaruhi satu sama lain. Hubungan antara warna merah, biru dan kuning dalam turutan roda warna dan warna sekunder ungu, hijau dan oren merupakan penghasilan dari gabungan kumpulan primier.

Warna boleh dihasilkan dalam pelbagai cara berbeza dan kebanyakkanya diperoleh melalui prinsip am : Hanya warna tersebut wujud dalam bentuk spektrum pencahayaan dan diserap serta didedahkan dalam gambar.

a14cf10a5583d19f7cfdebd63cf64382_electromagnetic-spectrum

Bulatan warna menunjukkan kepelbagaian warna yang dihasilkan menerusi gabungan warna yang bersebelahan. Warna bersebelahan dalam roda warna menghasilkan warna harmoni seperti biru dan hijau. Warna berhadapan dalam roda warna menghasilkan warna kontra terhadap satu sama lain seperti warna hijau dan merah. Kumpulan warna ini dikenali sebagai ‘Warna Komplementari’ dan memberikan impak kuat apabila digunakan bersama-sama.

Dalam roda warna terdapat bahagian warna sejuk dan bahagian warna panas. Warna panas merupakan warna merah, oren dan kuning manakala warna sejuk ialah warna biru, hijau dan ungu. Warna panas merupakan warna dominan dalam sesebuah hasil karya dan ia menarik perhatian mata pemerhati sementara warna sejuk agak tenggelam. Oleh itu, jurugambar harus peka ketika ingin merakam imej bahawa warna dominan mampu menarik perhatian pemerhati.

 

Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah Fotografika isu 12 (Apr/Mei 2013)

fg-12-cover