Teks & Foto: Sawlihim Bakar

Sudut pandangan dan sudut kamera yang betul adalah satu faktor penting dalam komposisi yang baik. Menyusun semula subjek utama dan subjek sampingan dalam pembidik, mengubah sudut pandangan atau sudut kamera adalah dua cara mudah mengawal komposisi. Mengambil gambar dari sudut pandangan atau sudut kamera yang berbeza boleh menambah drama dan keseronokan, malah membawa keluar satu aspek penceritaan luar biasa. Kebanyakan subjek tiga dimensi perlu diambil gambar dari sudut (kanan atau kiri / lebih tinggi atau lebih rendah daripada subjek) yang membolehkan penonton melihat lebih daripada satu sisi. Jurufoto wajar mengkaji semula subjek dari sisi dan sudut berbeza. Berjalan di sekitar subjek tersebut dan melihat dari semua pandangan. Melihat daripada sudut tinggi dan rendah dari paras mata untuk mencari komposisi yang terbaik. Ini amat membantu untuk memberi keseimbangan bagi memilih latar belakang yang tidak mengganggu subjek utama.
Terma sudut pandangan dan sudut kamera sering digunakan bersama-sama dengan satu sama lain dan kadang-kadang digunakan secara bergantian. Ia mempunyai makna yang berbeza bergantung kepada bagaimana ia digunakan. Sudut pandangan atau “Viewpoint” bermaksud kedudukan kamera ke arah subjek. Sudut kamera adalah sudut di mana lensa kamera dicondongkan. Contohnya, gambaran yang dibuat dari paras bumi dengan kamera yang dipegang secara mendongak dengan merujuk kepada bumi, boleh dirujuk sebagai “Low Camera Angle”. Begitu juga, gambar yang dibuat daripada kedudukan yang tinggi dipegang menunduk dengan merujuk kepada bumi, atau menunjuk lurus ke bawah, boleh dirujuk sebagai “High Viewpoint”. Walau bagaimanapun, jika kamera tidak menunduk ke bumi atau menunjuk lurus ke bawah, tetapi menunjuk kepada sudut di antara mendatar dan menegak, kedudukan kamera boleh dirujuk sebagai sudut pandangan mata atau “Eye Level Shot”.

Eye-Level Shots
Dengan kamera pada kedudukan mendatar, Eye-Level Shot biasanya dibuat pada ketinggian kira-kira 5.5 kaki iaitu tinggi daripada purata orang dewasa melihat. Dengan kamera pada kedudukan paras mata tetapi dihalakan atas atau ke bawah, perubahan kedudukan kamera anda mempengaruhi sudut yang rendah atau tinggi.
High Viewpoint dan High Camera Angle
Pandangan dari kedudukan tinggi dan sudut kamera tinggi membantu menyesuaikan penonton, kerana ia menunjukkan hubungan di kalangan semua unsur dalam kawasan gambar dan menghasilkan kesan psikologi dengan meminimumkan kekuatan nyata atau saiz subjek
Low Viewpoint dan Low Camera Angle
Sudut pandangan rendah dan sudut kamera yang rendah boleh memberikan penekanan dan kepentingan daripada gambar biasa. Sudut pandangan yang rendah boleh digunakan untuk memutar belitkan skala atau menambahkan kekuatan kepada gambar serta memberi penekanan kepada unsur-unsur tertentu dalam gambar. Sudut kamera yang rendah dicapai apabila sudut kamera terletak di bawah paras biasa dan menghala ke atas. Sudut rendah cenderung untuk menambahkan kekuatan dan penguasaan subjek supaya lebih dramatik. Ini adalah sangat berguna untuk memisahkan subjek dari latar belakang, menghapuskan latar depan atau latar belakang yang tidak diingini untuk mewujudkan saiz ilusi dan kelajuan yang lebih tinggi.
Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah Fotografika isu 13 (Jun/ Julai 2013)
