
7 Mac 2018 – Fujifilm Malaysia telah melancarkan kamera baharu X-H1, kamera berprestasi tinggi dalam rangkaian kamera mirrorless Siri X yang ideal untuk rakaman foto mahupun video berobjek statik dan bergerak pantas dalam pelbagai situasi. Siri X terkenal dengan kualiti imej superior disamping menawarkan teknologi pengeluaran semula warna Fujifilm dan X-H1 didatangkan dengan ciri yang berguna untuk kepelbagaian rakaman untuk mendapatkan hasil imej serta video berkualiti tinggi. X-H1 merupakan kamera berprestasi tinggi pertama dalam rangkaian Siri X yang dilengkapi dengan penstabil imej 5-axis in-body terbaharu (IBIS) yang mempunyai maksimum 5.5 stops (dengan menggunakan lensa XF 35mm F1.4).

Malah, X-H1 kamera pertama dalam rangkaian Siri X yang didatangkan dengan mod pengurangan kerlipan dan penambahbaikan algoritma AF untuk menyokong rakaman yang tahan lasak terutama fotografi sukan. Terbaharu Fujifilm juga menawarkan ‘Movement Tracking Performance’ yang merupakan gabungan evolusi prestasi autofokus dengan prestasi penambahan gelap. X-H1 juga dilengkapi dengan ETERNA, ciri simulasi filem terbaharu yang sesuai untuk rakaman movie dimana kualiti imej superior Fujifilm dilanjutkan untuk pembikinan imej gerakan. Mod ini menyerupai filem sinematik, mencipta warna yang tidak keterlaluan dan kaya dengan ton bayang dimana memberi kebebasan untuk berkarya dengan lebih kreatif ketika proses suntingan. Kualiti imej video kamera telah dipertingkatkan menerusi kebolehan baharu untuk merekod dalam kadar tinggi 200 Mbps.

Fujifilm bakal meneruskan anjuran Pameran Foto “Shoot.Print.Share” pada hujung tahun ini berikutan sambutan yang mengalakkan menerusi pameran pertama yang diadakan pada November 2017 dengan kutipan sebanyak 5,000 foto. Kejayaan ini membuktikan rakyat Malaysia mempunyai minat dalam cetakan foto dan pameran foto ini merupakan salah satu contoh komitmen Fujifilm dalam memberi inspirasi kepada umum untuk menikmati cetakan foto.
Untuk maklumat lanjut mengenai X-H1, layari laman sesawang www.fujifilm.com.my.