Teks : Ashraf Saharudin

Proses Sianotip ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 1842 oleh Sir John Herchel dan berikut adalah sebatian formula semasa yang digunakan:
Langkah1
Bancuhan A: 25 gram Ferric Ammonium Sitrat (Hijau) dengan 100ml air suling.
Bancuhan B: 10 gram Pottasium Ferricyanide dengan 100ml air suling
Langkah 2
Campurkan kedua-dua bancuhan ke dalam sebuah bikar kaca.

Langkah 3
Sapukan campuran tadi menggunakan berus pada kertas berunsur organic dan pastikan juga binaan berus tidak mengandungi unsure bahan kimia lain samada logam atau lain-lain.


Langkah 4
Letak negative atau subjek diatas kertas tadi, tindan dengan sekeping kaca dan dedahkan pada matahari atau cahaya UV sekitar 30-60minit bergantung pada keamatan cahaya matahari.

Langkah 5
Letak hasil jemuran tadi ke dalam bekas berisi air paip dan bilas bagi menyingkirkan air bilasan.
Langkah 6
Gantung dan jemur sehingga kering.

Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah Fotografika isu 08 (Ogos/Sept 2012)
