Pembukaan bilik pameran Fujifilm

15/02/2017 | miza
DSCF0283
Majlis pemotongan reben (Kanan) Puan Zarinah Abd Hamid; Pengarah Eksekutif Fujifilm Malaysia, (Tengah) En. Yoshitaka Nakamura; Pengarah Pengurusan Fujifilm Malaysia dan (Kiri) En KC Lim; Pengurus Kanan Am Sistem Grafik Fujifilm Malaysia

 

Rabu, 15 Februari 2017 – Fujifilm Malaysia telah merasmikan pembukaan pusat perkhidmatan pertama di wilayah yang bernilai RM8 juta. Syarikat Fujifilm Jepun unit Malaysia ini baharu sahaja menyambut ulang tahun ke-25 tahun ini menawarkan pusat perkhidmatan disamping mempamerkan teknologi terkini dalam pengimejan fotografi, seni grafik dan pengimejan perubatan.

DSCF0338

Pengarah pengurusan Fujifilm Malaysia; Encik Yoshikata Nakamura berkata ” Kemudahan pusat perkhidmatan seluas 4,500 kaki persegi ini menampilkan keseluruhan perkhidmatan yang ditawarkan bagi memenuhi kehendak pasaran kini. Fujifilm bakal meningkatkan kepakaran dalam penghasilan produk dan kualiti bagi kepelbagaian perkhidmatan untuk keselesaan pengguna”.

DSCF0342

Bilik pameran Sistem Perubatan Fujifilm merupakan bilik pameran pertama di Malaysia yang mempamerkan teknologi pengimejan lanjutan dan mesra pengguna. Manakala, bilik pameran Seni Grafik pula mempamerkan serenti untuk cetakan inkjet digital format besar yang mana memenuhi kehendak dalam mempertingkatkan kualiti cetakan, kepantasan produksi dan pengurangan kos yang boleh digunakan untuk pelbagai material.

DSCF0382

 

Fujifilm Malaysia Sdn Bhd

22, Jalan Jurunilai U1/20, Seksyen U1, Hicom-Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor.

Tel: 603-5569 8388

Faks: 603-5569 8288

Laman sesawang: www.fujifilm.com.my