Panasonic dan HATCH persembahkan 6 kisah berinspirasi sempena 60 tahun Merdeka!

29/08/2017 | miza
Photo 3
(Atas dari Kiri-kanan) Wakil pembuat filem Amanda Nell Eu (2nd runner up), Datuk Ahmad Izham Omar;Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, pembuat filem Sherwynn Victor (Pemenang), Mr. Hiroyuki Muto; Timbalan Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Pengarah filem dan pelakon; Low Ngai Yuen and pembuat filem Wong Sai Meng (1st runner up). (Bawah dari Kiri-kanan) pembuat filem Dexter Lo (5th runner up for HACTION!), pembuat filem Zul Luey (4th runner up) dan wakil pembuat filem Aliff Zulkifli (3rd runner up)

 

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60, Panasonic Malaysia telah bekerjasama dengan HATCH, saluran YouTube yang dikendalikan oleh Studio8 Media Prima, untuk mempersembahkan “HACTION! Shot on Lumix GH5″. HACTION! merupakan peraduan filem pendek yang menonjolkan enam orang karyawan filem Malaysia bagi menceritakan kisah kejayaan dan kebanggaan negara sepanjang tempoh enam dekad.

Dengan memanfaatkan keupayaan Studio8 dalam menghasilkan kandungan asli tempatan yang membawakan aspek penceritaan baharu, HACTION! berhasrat untuk memberi inspirasi kepada para pembuat filem untuk merakamkan pandangan mereka terhadap kejayaan dan kebanggaan Malaysia. Kerjasama yang menampilkan kamera Panasonic LUMIX GH5 terbaharu telah diumumkan pada awal tahun ini semasa pelancaran produk di Malaysia.

Para pembuat filem HACTION! dipilih daripada komuniti penerbit filem bebas yang mewakili gaya dan genre yang berbeza. Kebanyakan karya mereka telah menerima pengiktirafan peneraju industri tempatan dan luar negara. Setiap pembuat filem dikehendaki menerbitkan sebuah video pendek tidak melebihi 5 minit yang menonjolkan keindahan Malaysia serta perpaduan, keamanan dan kesejahteraan sepanjang enam dekad. Keenam-enam mereka dibekalkan dengan sebuah kamera Panasonic LUMIX GH5 untuk membuat rakaman audio dan visual, dana sebanyak RM4,000 untuk penerbitan dan tempoh selama 30 hari untuk menyempurnakan filem dan menyerahkan cerita pendek mereka.

Panel hakim terdiri daripada para peneraju industri yang terkemuka termasuklah Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, En. Hiroyuki Muto, Timbalan Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, dan Low Ngai Yuen, pengarah filem dan pelakon sebagai hakim jemputan. Setiap filem pendek diadili berdasarkan 70% undian hakim termasuk penceritaan, suntingan dan pasca penerbitan serta sinematografi. Manakala baki 30% undian adalah daripada orang ramai yang dibuka dari 1-21 Ogos 2017.

Pemenang filem pendek menerima set lengkap Panasonic LUMIX GH5, aksesori dan wang tunai sebanyak RM8,000. Siri HACTION! boleh ditonton melalui Hatch (https://www.youtube.com/wehatchyou), saluran YouTube yang dikendalikan oleh Studio8, Media Prima yang dicipta untuk menghiburkan dan memberi inspirasi kepada penonton generasi milenium.