Pameran foto Fujifilm “Shoot. Print. Share”

15/08/2017 | miza
WLCS2095
Dari Kiri-Kanan: Ann Qi, Charlene (FUJIFILM Malaysia Social Influencer), Yaman Ibrahim, Jurugambar FUJIFILM X, Hon Soon Teng; Ketua Jualan Fujifilm Malaysia, Yoshitaka Nakamura; Pengarah Urusan FUJIFILM Malaysia, Elecher, Angele dan Lena Mia (FUJIFILM Malaysia Social Influencer)

 

Fujifilm Malaysia menjemput semua rakyat Malaysia untuk menghantar imej yang mempamerkan keindahan dan keunikkan yang mengagumkan di Malaysia menerusi pameran foto “Shoot. Print. Share”. Pameran foto ini merupakan pameran foto pertama bagi syarikat Fujifilm Malaysia dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat syarikat untuk mengalakkan rakyat Malaysia merakam tarikan yang terdapat di Malaysia dengan berinspirasikan tema “My Malaysia Memory” mengikut kreativiti masing-masing.

WLCS2051

Menurut Pengarah Urusan Fujifilm Malaysia; Encik Yoshitaka Nakamura, “Idea pameran foto ini tercetus apabila mendapati kehendak untuk cetakan foto secara pantas menjadi kegemaran masyarakat kini. Kajian ini berdasarkan peningkatan jualan kamera instax berbanding tahun lepas.”

Bagi  mempromosikan trend cetakan foto, Fujifilm telah berkolaborasi dengan Maxis untuk menawarkan promosi telco, “Power of One”. Promosi yang bermula pada bulan Ogos ini membolehkan sesiapa yang mendaftar untuk plan MaxisOne boleh membeli pencetak instax SP-2 pada harga RM1.

Untuk menyertai pameran foto “Shoot.Print.Share”, setiap peserta hendaklah merakam imej menggunakan alatan sendiri. Peserta dikehendaki membeli papan foto di pusat koleksi Fujifilm Malaysia berdekatan anda dan mengikut langkah yang disediakan di http://shootprintshare.fujifilm.my.

Tarikh akhir untuk menghantar hasil karya anda adalah pada 15 Oktober 2017. Fujifilm Malaysia menjangkakan 3,000 keping gambar untuk dipamerkan pada pameran foto “Shoot.Print.Share” yang bakal diadakan pada 13-19 November 2017 di 4 kawasan pusat beli belah Sunway Piramid iaitu ‘Sunway Orange Atrium’, ‘Sunway Orange Avenue’, ‘Sunway Central Avenue’ dan ‘Sunway Main Entrance, Ground Floor’. Selain daripada itu, 100 penyertaan yang dipilih sebagai ‘100 Best Photos’ bakal menerima token penghargaan ketika pameran diadakan. ‘100 Best Photos’ dipilih berdasarkan kualiti, kreativiti dan mesej dalam sesebuah gambar.

minion_13

Dalam majlis yang sama, Fujifilm telah melancarkan produk terbaharu dalam rangkaian kamera Instax, Fujifilm Instax Minion 8. Kamera yang berwarna kuning dan dilengkapi dengan aksesori seluar biru untuk mendirikan dan menutup kamera ini direka untuk peminat filem Minion disamping bercirikan penutup lensa yang serupa dengan mata Minion. Kamera Instax Minion 8 boleh didapati di kedai berdaftar Fujifilm pada hujung bulan Ogos 2017 dan pra-jualan telah bermula di Wonder Photo Shop Sunway Piramid dan Lot 10.

WLCS2121

Malah, Fujifilm juga memperkenalkan PhotoZine, majalah foto yang membolehkan pengguna mencipta sendiri pada saiz A5 dengan pilihan minimum 12 helaian dan maksimum 36 helaian. PhotoZine ini amat mudah untuk disediakan dengan hanya mengambil masa 20 minit untuk mencipta 12 helaian PhotoZine. Ianya merupakan salah satu cara yang menarik untuk berkongsi memori yang tidak dapat dilupakan dengan hanya memindahkan foto-foto anda daripada pendrive, telefon pintar dan CD.