Nikon Malaysia memperkenalkan kanta zum super-telefoto baharu AF-S NIKKOR 180-400mm f/4E TC1.4 FL ED VR yang direka khas untuk jurugambar sukan dan hidupan liar. Lensa ini merupakan lensa NIKKOR pertama untuk kamera SLR Nikon yang merangkumi julat luas jarak fokal dan bersesuaian untuk format FX dan DX. Ianya meliputi julat jarak fokal 180-400mm pada format FX dan boleh dilanjutkan sehingga 252-560mm apabila menggunakan teleconverter.
Lensa baharu ini direka untuk prestasi pengambilalihan subjek yang diperoleh dengan prestasi penambahbaikan autofokus (AF) yang digunakan bagi mengawal panduan algoritma motor AF dan padanan kesan ‘Vibration Reduction’ (VR) pada henti 4.0 kelajuan pengatup. Imej jelas dan terang dengan adanya ‘Nano Crystal Coat’ dan pelbagai salutan ‘anti-reflective’ bagi membantu menahan kekaburan dan ‘flare’.
Menawarkan operasi rakaman pergerakan daripada pelbagai jarak tanpa memerlukan untuk menukar posisi atau lensa lain dengan adanya suis teleconverter. Lensa ini diperbuat daripada magnesium aloi menjadikannya ringan dan mudah dibawa.
Untuk maklumat lanjut, layari www.nikon.com.my
