OM-D E-M10 Mark III, kamera sesuai untuk semua peminat fotografi!

05/09/2017 | miza

c02_E-M10MarkIII_SLV_Front_1442EZ

Olympus Malaysia telah memperkenalkan kamera tahap permulaan OM-D generasi ketiga, OM-D E-M10 Mark III pada hari ini. Model baharu ini bercirikan prosessor imej TruePic VIII OM-D E-M1 Mark II yang membantu mempertingkatkan prestasi rakaman cahaya rendah dan penstabil imej tersedia 5-Axis Olympus yang termasyur. Dengan 121 poin AF yang boleh didapati dalam OM-D E-M10 Mark II dan merekod video 4K, OM-D E-M10 Mark III merupakan kamera pertama yang sesuai untuk peminat kembara dan keluarga. Malah, adanya 5-Axis IBIS membolehkan anda merakam pergerakan dengan bebas di samping menggunakan kepelbagaian jenis lensa kamera Olympus. Rekaan yang kompak dan ringan ini membenarkan pengguna merakam tanpa menggunakan tripod untuk merakam sebarang subjek kegemaran dari genre yang disukai seperti landskap, potret, video, makro, aksi sukan dan sebagainya. 5-Axis IS lanjutan Olympus secara efektifnya mengurangkan gegaran kamera kepada maksimum imbangan prestasi 4 langkah kelajuan pengatup untuk menghasilkan imej yang jelas. Dengan pertambahan 4 mod rakaman ini, membantu pengguna kamera yang baharu berjinak-jinak dalam bidang fotografi untuk merakam dengan mudah. Mod tersebut merupakan AUTO, SCN (Scene), AP (Advanced Photo) dan ART (Art Filter) ini boleh didapati pada mod dial untuk mudah dicapai. OM-D E-M10 Mark III dilengkapi dengan Wi-Fi yang boleh digunakan dengan aplikasi telefon pintar Olympus Image Share (OI.Share) bagi memudahkan pengguna menghubungkan dengan telefon pintar mahupun tablet untuk memindahkan imej yang dirakam pada media sosial. Bagi pengguna yang inginkan kelihatan anggun bergaya, anda boleh membeli jaket badan kamera yang diperbuat daripada kulit asli yang direka khas untuk OM-D E-M10 Mark III. Untuk maklumat lanjut mengenai produk, layari laman sesawang www.olympusimage.com.my.

 

c32_E-M10MarkIII_BLK_Top_1442EZ_Wide

OLYMPUS DIGITAL CAMERA