Olympus Tough TG-5

30/05/2017 | miza

TG5_Product-0081

Olympus Malaysia mengumumkan pengenalan kamera Tough TG-5 yang baharu setelah kejayaan siri TG-4 yang dilancarkan pada tahun 2015. TG-5 yang baharu ini bercirikan lensa kelajuan tinggi f/2.0, sensor imej CMOS cahaya belakang kelajuan tinggi baharu dan prestasi tinggi prosessor imej TruePic VIII kelajuan tinggi terbaharu bagi membolehkan TG-5 menghasilkan imej berkualiti tinggi.

PT-058_POSR-053_TG5_front

Dengan adanya lensa kelajuan tinggi membolehkan pilihan secara tepat ketika kelajuan pengatup pantas apabila rakaman bawah air mahupun rakaman ketika saat genting. Ia juga mengurangkan kekaburan bagi rakaman subjek bergerak.

Malah, dengan tambahan ciri ‘Olympus Field Sensor System’ membolehkan anda menjejak informasi menerusi kamera atau telefon pintar. Sistem ini termasuklah GPS, manometer, suhu dan kompas. Anda boleh menggunakan informasi ini menerusi aplikasi ‘Olympus Image Track’ (OI.Track) yang dimuat naik pada telefon pintar.

CSCH-123BLU_front_TG5BLK

TG-5 juga bercirikan kalis air sedalam 15 meter, anti gegar sehingga 2.1 meter dan tahan sejuk sehingga -10 darjah Celcius. Tidak seperti TG-4, TG-5 yang baharu ini didatangkan dengan fungsi merekod video Full HD dan 4K bagi memastikan kualiti tinggi. Mod movie kelajuan tinggi 120 fps juga memastikan anda merekod momen dan paparan ulang tayang gerakan perlahan.

Layari laman sesawang www.olympusimage.com.my untuk maklumat lanjut mengenai TG-5.