Canon Malaysia mengumumkan 2 kamera DSLR baharu EOS 6D Mark II dan EOS 200D yang direka untuk jurugambar amatur dan tahap permulaan. Canon EOS 6D Mark II merupakan kamera ideal untuk peminat fotografi yang ingin menjadi lebih kreatif dalam fotografi untuk ke tahap seterusnya. Siapa sangka kamera yang ringan ini adalah salah satu kamera DSLR dalam rangkaian EOS bingkai penuh, dilengkapi dengan fungsi menyeluruh DSLR bingkai penuh yang direka dalam bentuk kompak. Manakala, Canon EOS 200D pula tambahan terbaharu dalam rangkaian DSLR EOS. Rekaan bergaya, ringan dan kompak menjadikannya kamera DSLR APS-C terkecil didunia ini dilengkapi dengan skrin ‘Vari-Angle’. DSLR tahap permulaan ini menawarkan pengimejan berprestasi tinggi dan kualiti imej yang unggul.

Canon EOS 6D Mark II
Dilengkapi dengan sistem AF jenis silang 45-poin bagi menawarkan liputan AF menyeluruh ketika rakaman. Tambahan lagi, kepantasan rakaman berterusan EOS 6D Mark II sehingga 6.5 fps yang membolehkan anda merakam imej jelas walaupun subjek bergerak pantas. Pada mod ‘Live View’ kepantasan rakaman berterusan masih menggagumkan sehingga 4 fps. Digandingkan bersama-sama kepantasan ISO sehingga 40,000, ia membolehkan anda merakam imej jelas dan berkualiti tinggi walaupun dalam situasi cahaya rendah. EOS 6D Mark II secara automatik boleh mengesan ton kulit dan keutamaan pemfokusan pada subjek manusia dengan adanya sensor meter 7560 piksel RGB+IR dan AF jejak warna yang memberikan penyelarasan dedahan dalam situasi cahaya yang berbeza. Ini merupakan ciri pertama dalam siri Canon EOS bingkai penuh. Dengan adanya monitor LCD skrin sesentuh ‘Vari-Angle’ membolehkan pengguna merakam daripada pelbagai sudut. Fungsi ‘Panning’ yang baharu, membantu menambahkan latar belakang kabur ketika subjek utama difokus menerusi analisasi kepantasan ‘panning’ pada kamera dan kepantasan subjek.
CIri utama kamera DSLR EOS 6D Mark II
- 2 megapiksel sensor CMOS bingkai penuh
- Pemidang tilik optikal dengan sistem AF jenis silang 45 poin
- CMOS AF Dual Piksel dengan fasa jejakan & 60p HD penuh
- Prosessor imej DIGIC 7, ISO 100-4000
- LCD skrin sesentuh ‘Vari-Angle’ 3.0 inci
- Dilengkapi dengan teknologi Wi-Fi, NFC, Bluetooth dan GPS
- Rakaman berterusan dengan kelajuan tinggi sehingga 6.5 fps
- Kalis habuk dan air

Canon EOS 200D
Dilengkapi dengan 24.2 megapiksel sensor CMOS saiz APS-C membenarkan pengguna merakam imej secara jelas walaupun pada cahaya rendah. Dengan prosessor imej DIGIC 7 terbaharu, julat ISO standard dikembangkan sehingga 25,600. Ini membantu untuk mengurangkan gerakan kabur dalam situasi cahaya rendah. Walaupun rekaan yang kecil, EOS 200D mempunyai ciri kelajuan AF terpantas didunia pada 0.03 saat bagi membenarkan pemfokusan pantas pada subjek dalam bingkai. Pada mod ‘Selfie’, latar belakang dikaburkan, cerah dan kesan kulit licin secara automatik dilaraskan pada bingkai untuk menghasilkan rakaman swafoto terbaik.
Ciri utama kamera Canon EOS 200D
- 2 megapiksel sensor CMOS APS-C
- Prosessor imej DIGIC 7, ISO 100-25600
- Dual Pixel CMOS AF
- LCD skrin sesentuh ‘Vari-Angle’ 3.0 inci
- Direka dengan Wi-Fi, NFC dan teknologi Bluetooth
- Rakaman berterusan sehingga 5fps menerusi pemidang tilik optikal
- HD penuh 60p & External Microphone Input
- Pemidang tilim optikal dengan sistem AF 9 poin
- Kecil & ringan
Untuk maklumat lanjut, layari www.canon.com.my