“Less is More” – Khoo Juan Lyn

15/11/2019 | miza

Temuramah: Ashraf Saharudin                    Foto: Khoo Juan Lyn

 

IMG_6102JuanBW

Khoo Juan Lyn

 

Boleh kongsikan serba sedikit latar belakang saudari?
Saya berasal dan dibesarkan di Subang Jaya, selepas menamatkan pengajian sarjana muda rekabentuk komunikasi(Communication Design) saya di RMIT di Melbourne, Australia, saya kembali ke tanah air dan mula bekerja dengan syarikat pengiklanan dan juga penerbitan. Selepas dua tahun, saya memutuskan untuk memulakan syarikat sendiri Paper Cut, sebuah firma seni reka grafik dan cetakan dan baru-baru ini saya menceburi sebuah bidang lagi dengan hadirnya Green Butts, sebuah lagi syarikat yang menumpukan pada rekaan dan cetakan kemeja-T. Saya lebih kepada aktiviti berbasikal dan juga mengembara, namun minat saya dalam fotografi sudah lama bertapak sejak di bangku skolah lagi. Ketika di universiti pula saya melibatkP1130003an diri secara serius dengan lomografi. Saya bermula dari kamera kompak kepada DSLR dan kini saya selesa menggunakan kamera berformat mikro empat tiga untuk mengembara kerana berat dan saiz yang jauh lebih rendah berbanding DSLR. Daripada sudut tempoh penglibatan saya dengan fotografi, boleh saya katakan lebih kurang 10 tahun.

Apa yang anda cuba sampaikan menerusi imej-imej ini? Ada sesuatu yang cuba anda kongsikan?
Sememangnya saya amat menggemari abstrak dan imej makro. Saya jarang rakam imej manusia dan emosi mereka, itu bukan saya. Saya lebih kepada subjek-subjek mekanikal dan objek asli. Imej-imej yang dirakam di ‘Damansara Performing Art Center” atau DPAC ini cuba saya keluarkan daripada konteks rakaman imej bangunan dan hiasan dalaman semata-mata, saya tampilkan suatu hasil implimentasi daripada sudut pandangan seorang pereka grafik, seperti mencipta logo, bermain dengan elemen garisan, bentuk dan mengekalkan konsep ringkas tetapi hadir kuat dengan kontras.

P1130061

Jika dilihat, banyak ruang-ruang kosong, apakah yang cuba diceritakan melalui ruang-ruang tersebut?
Sebagai seorang pereka grafik, kami dilatih dengan slogan “less is more” tetapi saya tidak maksudkan bahawa mengisi setiap ruang itu salah tetapi anda harus kenal pasti subjek anda, siapa penonton anda dan kaedah untuk anda tampil lain daripada yang lain. Imej yang padat dalam sesetengah imej memang menarik, tetapi saya ingin kembali kepada elemen asas. Mungkin juga kerana saya dipengaruhi oleh artis seperti Malevich (black on black stuff), Magritte (a bit more disturbing) dan MC Escher (illusions and mechanical).

 

 

instagram : qwertyjuan
facebook.com/juanlyn
facebook.com/GreenButtsGears
Email: [email protected]
Website/blog/flickr: greenbuttsgears.wordpress.com

 

Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah Fotografika isu 16 (Dis 2013/ Jan 2014)

fg16-cover