Keunikkan Casio TR-M11 yang mengujakan peminat swafoto!

15/12/2017 | miza

TR Mini TR Mini-Colours

 

Kamera digital mini jenama Casio terbaharu, TR-M11 direka berbentuk bulat seperti bedak kompak dan dilengkapi dengan sembilan LED untuk memberikan kesan pencahayaan sekata pada wajah pengguna dari segenap sudut. Kamera ditetapkan untuk merakam potret berbentuk segi empat sama serta dilengkapi dengan ‘self-timer’ yang boleh diaktifkan untuk merakam potret diri dari jarak jauh. Hanya menyentuh (swipe) bagi mengakses ciri-ciri utama kamera dan pengguna boleh memilih tetapan mod ‘Make-Up’ daripada senarai menu yang direka berputar seperti mendail. Casio turut memperkenalkan 2 tetapan terbaharu iaitu ‘Tone’ yang boleh mengubah rona warna keseluruhan imej dan ‘Mole Remover’ untuk membuang cela yang terdapat pada wajah. Dengan hanya memuat turun aplikasi EXILIM Connet pada telefon pintar, pengguna boleh memindahkan imej yang dirakam terus ke telefon pintar untuk dikongsikan ke media sosial dengan serta merta. Malah, aplikasi ini juga memudahkan pengguna untuk merakam imej secara langsung mengikut komposisi yang di ingini. TR-M11 boleh didapati di semua rangkaian kedai gambar utama di seluruh negara dengan harga RM2,199 (termasuk 6% GST). Sempena kempen Promosi Krismas 22 November 2017 hingga 7 Januari 2018, pengguna boleh membeli kamera TR-M11 dengan harga RM1,999 (termasuk 6% GST) menggunakan kod promo “casiotrm11” di kedai-kedai yang mengambil bahagian dan kedai atas talian, Lazada.

 

www.casio-intl.com

 

TR Mini-Mode Navigation