Kenali Fotografi – Foodscape

17/05/2017 | miza

as

Firdaus Zulkifly

Temuramah: Ashraf Saharudin

24 x 16

Saya anak kelahiran Muar Johor, kini saya menetap di Kota Bharu, Kelantan. Selepas SPM saya dapat tawaran melanjutkan pelajaran di UiTM kampus Perak (2008-2010) dalam bidang fotografi(sarjana). Setelah tamat saya ditawarkan pengajian ke peringkat sarjana muda dalam bidang yg sama juga di UiTM Shah Alam (2010-2012). Kini saya telah diserap masuk ke DinArshad Studio selepas tamat pengajian sehingga sekarang.

 

Apa yang membuatkan saudara terfikir untuk mengaplikasi teknik ini?
Teknik ini mungkin satu teknik yang agak asing di Malaysia. Teknik fotografi ‘foodscape’ merupakan pendekatan baru dalam mempromosikan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk tujuan pengiklanan di Malaysia dan secara tidak langsung untuk mengetahui keberkesanan ‘foodscape’ fotografi diguna pakai di Malaysia.

baru 11 x 16

Apakah perkara yang paling penting dalam teknik yang saudara gunakan ini?
Teknik ini banyak menggunakan perisian Adobe Photoshop(PS) sebagai medium untuk menghasilkannya.’Foodscapes’ merupakan cabaran yang baru bagi saya kerana ia perlu menjalani beberapa proses tertentu. Penghasilan Imej boleh mengambil beberapa jam hingga beberapa hari. Bermula dengan perancangan, lakaran model, selalunya landskap tiga dimensi (3D) makanan, sebelum peringkat akhir suntingan menggunakan perisian PS. ‘Foodscapes’ adalah kombinasi buah-buahan dan sayur-sayuran yang disusun teliti. Perkara yang amat penting bagi saya untuk menghasilkanya adalah dengan meletak 100% kesabaran.

Island 11 x 16
Jika ada yang mengatakan teknik ini hanyalah sekadar salah satu teknik manipulasi, apa komen saudara?
Bagi saya ini dikategorikan sebagai salah satu teknik manipulasi, kerana manipulasi imej tidak terlepas dalam konteks fotografi. Kebiasaannya manipulasi imej diterjemahkan dalam konsep pengiklanan komersial bagi tujuan melariskan sesuatu produk. Mengikuti peredaran zaman era digital banyak membantu dari segi kos penyelengaraan untuk penghasilan efektif sesuatu kempen pengiklanan. Bagi saya Imej fotografi dalam proses manipulasi digambarkan dengan ilmiah terhasil daripada idea individu itu sendiri. Kewujudan perisian komputer tidak menjadikan imej manipulasi itu hebat dan teknik manipulasi imej seharusnya tidak ‘mencacatkan’ subjek asal di dalam imej.

 

Ladang Sawi 16 x 24Apakah perkara yang paling penting dan perlu dititik beratkan dalam menghasilkan sesebuah karya seperti ini?
Seperti saya katakan tadi, perkara yang amat penting bagi saya adalah meletak 100% kesabaran dan komitmen yg tinggi kerana sesuatu imej memerlukan beratus-ratus lapisan PS. Tidak ketinggalan proses seperti pergi ke kedai untuk mendapatkan sayur-sayuran atau bahan-bahan yang sempurna. Untuk mendapatkan imej, saya akan melalui beberapa proses, perancangan, lakaran, penyediaan alatan dan bahan, rakaman, dan suntingan. Jurugambar perlu menghabiskan banyak masa kerana fotografi ‘foodscape’ memerlukan komitmen yang lebih kerana biasanya sayur-sayuran boleh dikatakan cepat layu dan itu amat sukar untuk memastikan sesuatu sayur itu sentiasa nampak segar. Kemahiran dan pengendalian pencahayaan amat penting kerana untuk mendapatkan suasana yang betul mengikut kesesuaian imej.

 

laut ikan 24 x 16

 

Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah Fotografika isu 10 (Dis 2012/Jan 2013)

fg-10-cover