Teks & Foto: Miza

Pengatup merupakan mekanisma pelengkap yang bertindak sebagai tingkap yang membenarkan pendedahan cahaya pada filem atau sensor imej digital mengikut kadar masa tertentu ketika merakam. Pada kebiasaannya pengatup terletak di antara lensa dan filem atau sensor imej dan bagi pengguna DSLR, mekanisma pengatup terletak di bahagian belakang cermin pembalik di dalam badan kamera. Masa pengatup dibuka (masa dedahan)ditentukan menerusi mesin masa dan bergantung pada 2 jenis utama pengatup kamera:
• Pengatup kamera elektronik
• Pengatup kamera mekanikal

Pengatup Elektronik
Sensor imej digital (CMOS dan CCD) dibina untuk memberikan fungsi pengatup yang setara dengan memindahkan piksel dalam satu masa untuk menggabungkannya menjadi pengatup pindahan ‘frame’. Jika ‘frame’ dipindahkan dalam masa yang sama, ia dikenali sebagai ‘global shutter’. ‘Global shutter’ kebanyakannya digunakan pada video dimana data boleh dibaca secara berterusan menerusi pengumpulan cahaya sambil rakaman berterusan dibuat. Operasi ‘fast shutter’ tidak akan terjadi jika tiada subjek yang bergerak.

Pengatup Mekanikal
Pengatup jenis ‘Leaf’
Pengatup ‘leaf’ merupakan jenis pengatup kamera yang terdiri daripada mekanisma yang mempunyai satu atau lebih kepingan logam putaran. Secara normalnya apabila picu pengatup dibuka, susunan kepingan logam pengatup akan terbuka bagi membenarkan dedahan dibuat. Pengatup ini kebiasaanya dikenali sebagai pengatup ‘iris’ atau ‘diaphragm’ yang berfungsi seakan-akan iris pada mata.
Lebih banyak bilangan bilah, lebih tepat lingkaran apertur. Nombor ganjil pada bilah yang sering digunakan ialah 3, 5 dan sebagainya.

Pengatup jenis ‘Focal Plane’
Jenis pengatup mekanikal yang lazimnya wujud pada sistem SLR ialah pengatup ‘focal plane’. Kedudukkannya terletak di hadapan sensor imej digital, dedahan dibuat dengan membuka dan menutup ‘curtain’. Dalam kamera digital, ‘focal plane’ dirujuk sebagai sensor imej digital.
Tanpa pengatup, cahaya memasuki lensa dan mengenai sensor tanpa kawalan masa. Dengan adanya pengatup, penentuan masa untuk cahaya dibenarkan untuk sampai ke sensor dapat diukur dengan tepat demi mendapatkan dedahan imej yang bagus.
Kebanyakkan sistem SLR menggunakan dua ‘curtain’ bagi melindungi sensor. Ketika dedahan panjang dibuat, satu ‘curtain’ pengatup dibuka bagi mendedahkan sensor kepada cahaya. Selepas bilangan masa yang telah ditetapkan, ‘curtain’ kedua pengatup akan menusul dan menutup sensor.
Untuk pengatup berkepantasan tinggi, kedua-dua ‘curtain’ berkerja hampir serentak. Apabila rakaman dibuat ‘curtain’ pertama akan mula terbuka disusuli ‘curtain’ kedua agar cahaya memasuki sensor pada kelajuan sama. Jarak antara ‘curtain’ digunakan bagi menentukan bilangan cahaya ketika pendedahan sensor. Jarak yang lama di antara ‘curtain’dibuka bermaksud dedahan yang lama sensor terhadap cahaya.
Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah Fotografika isu 19 (Jun/ Julai 2014)
