Temuramah: Miza Foto: Jerry Aurum

Jerry Aurum
Jerry Aurum merupakan seorang jurugambar terkenal di Indonesia dan juga merupakan pereka grafik yang berbakat. Dilahirkan pada 1976, beliau memperoleh gelaran salah seorang jurugambar terbaik Indonesia ketika belajar di kolej jurusan ijazah rekaan komunikasi di Institut Teknologi Bandung.
Kini, Jerry dikenali ramai dalam pelbagai sektor. Selain daripada kerjaya fotografinya yang popular, beliau dipuji sebagai inspirasi usahawan muda, jurucakap jemputan dalam seminar dan bengkel, duta jenama national dan global, penyumbang tetap pelbagai majalah termasuk National Geographic dan merupakan juri termuda untuk pelbagai pertandingan fotografi dan fesyen. Pameran solo antarabangsa dan buku beliau termasuk buku pemenang anugerah ‘Femalography’ dan ‘In My Room’ mendapat sambutan memberangsangkan dan telah diulas oleh 250 syarikat penerbitan dalam tempoh 5 tahun lalu.
Anugerah diterima: Pemenang Platinum & Emas untuk 100 Grafik Terbaik dalam Fotografi 2012 dan Pemenang Pingat Emas di Anugerah Cetak Asia 2011.

Apakah maksud fotografi pad a saudara?
Fotografi bermaksud dunia kepada saya. Saya jatuh cinta terhadap fotografi bertahun lamanya dan minat saya tidak pernah pudar.
Bagaimana saudara bermula? Adakah saudara mendapat sebarang latihan formal dalam seni/ fotografi?
Ia bermula sejak saya berumur 5-6 tahun. Saya terpesona dengan bagaimana kamera berfungsi. Sejak itu, saya mula mengumpul kamera poket dan merakam gambar dan bertukar kepada hobi secara serius sekitar tahun 1992 apabila saya bertekad untuk membelanjakan wang simpanan saya untuk membeli kamera SLR pertama saya iaitu Nikon FM2. Pendidikan formal saya dalam seni rekaan komunikasi visual dimana saya dianugerahkan ijazah sarjana dalam bidang tersebut.
Apakah yang saudara ingin tonjolkan menerusi hasil karya saudara?
Inspirasi. Seni boleh merubah sesuatu.
Bagaimana saudara mengambarkan hasil karya saudara?
Soalan yang sukar. Saya bekerja dalam spektrum komunikasi visual yang luas dan apatah lagi fotografi. Saya merakam potret, produk, landskap, seni halus, aerial mahupun fotografi bawah air. Klien saya daripada National Geographic sehingga ke Microsoft, daripada Mercedes-Benz sehingga WWF. Kadang-kala saya merakam keseorangan dan ada ketika saya dikelilingi seramai 50 orang krew dalam rakaman komersial besar.

Adakah saudara mempunyai masa tertentu dalam seharian untuk memikirkan idea yang kreatif? Atau adakah kreativiti datang pada bila-bila masa?
Kreativiti saya memuncak apabila saya teruja akan sesuatu ataupun saya fikirkannya apabila saya benar-benar inginkannya. Saya fikir ayat Paulo Coelho sesuai dengan proses kreatif saya iaitu “If you want it so badly, the universe will conspire to make it happen”.
Ada mana-mana jurugambar yang saudara minati atau mempengaruhi pencarian saudara bidang luas dunia fotografi?
Annie Leibovitz melalui genre potret beliau, David LaChapelle menerusi pemikiran bebas beliau, Nick Knight dalam eksprimentasi rakaman fesyen dan Sebastiao Salgado kewartawanan foto yang berpuitis.
Apakah Joto kegemaran saudara dalam portfolio dan kenapa?
Satu lagi soalan sukar bagi saya. Saya fikir harus katakan saya ia adalah ‘Tatyana’. Hasil karya ini mendapat anugerah platinum 100 grafik terbaik dalam Fotografi pada 2012. Saya melihat ramai idola saya memenangi anugerah berprestij bertaraf dunia ini. Ia diluar jangkaan saya apabila menerima anugerah sama seperti mereka.
Hasil karya anda dalam buku ‘Femalography’ mempamerkan rakaman yang kuat dan perbalahan. Apakah yang saudara fikirkan apabila merakam imej tersebut?
Untuk membangkitkan provokasi, itulah tujuan sebenar saya.
Apakah yang saudara lakukan sekarang?
Saya sedang menghasilkan buku saya yang keempat yang bakal dilancarkan pada bulan September bersama-sama pamerannya. Saya harap ia merupakan pameran foto solo yang dihadiri jumlah pengunjung teramai di Indonesia. Saya percaya pemeran foto saya yang lalu pada 2009, ‘In My Room’ masih memegang rekod jumiah pengunjung tertinggi sehingga sekarang.
Apakah nasihat saudara kepada jurugambar yang baru berjinak-jinak dalam bidang fotografi ini?
Cintai apa-apa yang anda lakukan serta lakukan apa-apa yang anda cintai dan kehidupan akan mencintai anda semula.
www.jerryaurum.com
Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah Fotografika isu 18 (Apr/ Mei 2014)
