Teks & Foto: Miza
Apakah “White Balance”?
“White Balance” merupakan suatu ciri bagi jurugambar digital memberikan warna pada imej lebih jitu dan bersesuaian warna cahaya pada rakaman kamera. “White Balance” membolehkan imej yang dirakam mendapat warna yang sama seperti yang dilihat pada mata kasar.
“White Balance” juga banyak memberi kesan ke atas warna putih. Tidak seperti mata manusia, kamera digital tidak mengubah secara automatik untuk mengimbangi variasi warna pada cahaya yang berpontensi menyebabkan warna pada imej tidak neutral. Ketika merakam menggunakan kamera digital, sebatang lilin menghasilkan pancaran panas yang menarik, mentol tungsten di rumah menghasilkan cahaya warna kuning dan strip pencahayaan pendarflour menghasilkan pandangan sejuk. Manakala, cahaya buatan menghasilkan warna yang tidak neutral kerana kamera digital direka untuk ‘melihat’ cahaya matahari iaitu cahaya yang mengandungi kesemua warna pada spektrum.
Tetapan program “White Balance”
Hampir kesemua jenis kamera dilengkapi siri program tetapan “White Balance” untuk memudahkan pengguna.

Auto
Kamera memastikan “White Balance” yang sesuai untuk rakaman pengguna dan menetapkan nilai “White Balance” di antara julat tertentu (biasanya antara 2,500 hingga 10,000K). Operasi pilihan auto ini sama dengan kaedah dedahan auto.

Incandescent (Lampu Pijar)
Kamera menetapkan nilai “White Balance” setara dengan suhu warna pada mentol lampu rumah (sekitar 3,000K).

Fluorescent (Pendarflour)
Kamera menetapkan nilai “White Balance” setara dengan suhu warna pada pencahayaan stadium (sekitar 4,000K).

Direct Sunlight (Terus dari matahari)
Kamera menetapkan nilai “White Balance” setara dengan suhu warna pada pencahayaan pada waktu siang (sekitar 5,500K). Tetapan ini paling hampir kepada filem “daylight-balanced” dalam fotografi tradisional.

Flash (Lampu denyar)
Kamera menetapkan nilai “White Balance” setara dengan suhu warna pada lampu denyar elektronik (sekitar 5,500K). Dua tetapan ini sama kerana lampu denyar direka untuk menggantikan pencahayaan waktu siang yang normal.

Cloudy (Mendung)
Kamera menetapkan nilai “White Balance” setara dengan suhu warna pada mendung di waktu siang (sekitar 8,000K).

Shade (Teduh)
Kamera menetapkan nilai “White Balance” pada suhu warna subjek dalam pencahayaan warna (sekitar 8,000K).
Praset menggunakan tetapan “White Balance”
Menggunakan tetapan pada kamera DSLR anda melibatkan ukuran pada carta suhu warna. Berdasarkan rujukan, kebiasaannya jurugambar akan menggunakan kad atau objek berwarna putih atau kelabu neutral (18%) supaya menghasilkan nilai Kelvin(K) yang hampir pada carta suhu warna.
Bilakah perlu menggunakan Auto “White Balance”
Auto “White Balance” memudahkan pengguna
Kamera menganalisis pemandangan dan cuba mengenal pasti warna pencahayaan. Kemudian, ia akan mencipta tetapan warna yang tepat untuk kamera tanpa perlu tetapan ke atas subjek berwarna putih.
Auto “White Balance” akan mengubah warna untuk rakaman matahari terbit dan matahari terbenam.
Walaupun Auto “White Balance” amat berguna kepada pengguna akan tetapi ia juga mempunyai kelemahan apabila pengguna tidak mendapat warna yang sepatutnya ketika rakaman matahari terbit dan matahari terbenam.
Auto “White Balance” berguna untuk kebanyakkan pencahayaan
Auto “White Balance” amat membantu apabila pengguna mengubah lokasi kepada lokasi yang tidak dapat dikenal pasti pencahayaannya.
Auto “White Balance” boleh menjadi tidak konsisten
Apabila zum dari sudut luas ke telefoto, kamera berkemungkinan akan mengenal pasti warna yang berlainan pada latar belakang dan pencahayaan bertukar.
Bilakah perlu menggunakan tetapan “White Balance” yang tertentu
Kunci tetapan pada respon kamera
Ketika anda menetapkan “White Balance” pada kamera, anda perlu melihat kepada tafsiran cahaya. Kamera akan menghadkan tafsirannya kepada bagaimana ia mentafsir sesuatu pemandangan dan memastikan anda mendapat warna yang tepat.
Menetapkan tetapan agar konsisten
Dengan tetapan yang spesifik, anda boleh zumkan lensa anda dan pastikan warna pada subjek tidak berubah. Anda juga boleh mengubah lokasi dan mengetahui bahawa warna latar belakang yang berubah tidak akan mengubah warna pada hasil imej anda.
Gunakan tetapan “White Balance” secara kreatif!
Anda boleh menggunakan tetapan “White Balance” untuk menghasilkan karya yang berlainan. Anda juga boleh menggunakan tetapan “White Balance” sebagai kawalan kreatif yang menjadikan hasil imej yang dirakam tampak lebih semulajadi.
Ujikaji menggunakan “White Balance”
Rakamkan beberapa imej yang sama tapi menggunakan tetapan “White Balance” yang berlainan untuk setiap rakaman.
Gunakan tetapan ‘Cloudy’ untuk matahari terbenam
Tetapan ‘Cloudy’ akan sentiasa memberikan warna pada rakaman matahari naik dan matahari terbenam untuk tampak lebih menakjubkan.
Cuba tetapan ‘Daylight’ pada rakaman sebelah malam
Menggunakan tetapan ‘Tungsten / Indoor’ memberikan hasil rakaman kelihatan neutral. Anda boleh cuba tetapan ‘Daylight’ untuk mendapat warna yang telah hilang apabila menggunakan tetapan ‘Tungsten’.
Cipta kesan ‘Twillight’ menggunakan tetapan ‘Daylight’
Tetapan ‘Tungsten’ direka untuk rakaman menggunakan pencahayaan buatan. Anda boleh mendapatkan kesan luar biasa dengan menukarkan tetapan ‘Daylight’ kepada pemandangan warna kebiruan dan dengan sedikit dedahan, anda boleh membuatkan rakaman seakan waktu malam.



Bagaimana untuk menetapkan “White Balance”?
+ Matikan ‘live preview’ dan tekan butang “White Balance” pada kamera sambil menekan butang pengatup hingga kod PRE terpapar pada panel LCD.
+ Lepaskan butang “White Balance” dan kemudian tekan butang pengatup hingga kod PRE dipanel LCD berkelip. Apabila sudah berhenti kelip, ulang langkah ini lagi.
+ Alihkan lensa anda kepada subjek berwarna putih untuk dijadikan rujukan. Tetapkan dedahan dan tekan butang ‘shutter’.
+ Apabila berjaya, panel LCD akan memaparkan ‘GOOD’. Tetapan ini akan disimpan dalam kamera dan anda boleh mula merakam gambar.
Selamat mencuba!
Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah Fotografika isu 14 (Ogos/ Sept 2013)
