Idea tercetus menerusi jalan cerita

06/10/2017 | miza

Temuramah: Miza     Foto: Helen Warner

 

self2 (1)

 

Helen Warner merupakan seorang jurugambar seni halus dan penerbit filem yang menetap di Belfast, Utara Ireland. Beliau merupakan siswazah Sarjana Perfileman & Modenisme Universiti Queen di Belfast. Beliau telah menceburi bidang fotografi ini sejak dari kecil lagi. Minatnya semakin mendalam setelah meningkat dewasa dimana beliau lebih mengetahui kehendak diri untuk menceburi genre fotografi yang di ingini. Minat untuk merakam ini muncul setelah beliau menyediakan jalan cerita filem, dimana beliau menyedari beliau boleh mencipta penceritaan dalam satu rakaman. Dari situ beliau mendapat idea untuk menghasilkan karya beliau.

 

White Mischief_Resized
White Mischief

 

Fotografi baginya merupakan perjalanan kehidupan dan jika digabungkan dengan pembikinan filem, ia menjadi proses yang berbeza. Akan tetapi setiap artis perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meneruskan hasil karya mereka. Jadi merakam merupakan sesuatu yang disukai mahupun tidak bergantung pada individu tersebut.

Inspirasi boleh muncul daripada pelbagai sumber dan dimana-mana sahaja, idea dan imaginasi merupakan imbasan dan tidak tahan lama. Beliau tidak pernah duduk dan berfikir “Apakah idea yang saya ingin rakamkan?”. Idea seringkali datang dan pergi pada bila-bila masa dan kita perlu menjadikannya kelihatan sebenar. Beliau gemar memandu untuk melihat tempat-tempat yang berlainan untuk merakam mahupun berjalan-jalan di dalam hutan, pantai dan sebagainya. Jika beliau menjumpai lokasi yang menarik, lokasi tersebut boleh memberi idea padanya. Jika tidak, filem, fesyen, muzik, seni umum juga boleh memberi inspirasi pada beliau.

 

tipping the velvet copy
Tipping the velvet

Beliau tidak pernah memikirkan emosi yang perlu ada ketika rakaman. Malah baginya, beliau merupakan seorang yang romantik dan apa yang terfikir di mindanya di olah pada imej secara semulajadi. Beliau bekerja mengikut gerak hati dan sentiasa pantas jadi beliau jarang bertanya diri sendiri apakah emosi yang ingin diserapkan. Emosi yang dapat diserapkan dalam hasil karya beliau lebih kepada pengalamannya pada masa tersebut. Beliau menganggarkan kepekaan pada keseluruhannya adalah daya semulajadi, perasaan yang tidak dapat ditahan untuk kekal hidup, kesunyian, putus asa serta magik, cahaya dan kegelapan.

 

Nifleim_Promotion size
Niflheim

 

Hasil karya berjudul “Niflheim” merupakan kebanggaan beliau kerana selari dengan gerak hatinya disamping cuaca yang di ingini memainkan peranan besar dalam imej tersebut. Beliau tidak menyangka orang ramai akan meminati hasil karyanya kerana baginya biarlah orang lain yang menilainya sendiri.

 

14495743893_5bdb8b80b5_k
In Dreams 死霊

 

Beliau berpendapat bahawa merakam memerlukan kegrairahan, lakukannya kerana anda perlu merakam, merakam ketika idea anda jelas dan nyata kerana anda tidak mempunyai pilihan akan tetapi perlu keluar dan melakukannya. Malah bagi pendapat beliau untuk jurugambar muda di luar sana, kita hendaklah bekerja seikhlas hati, jujur, ‘break the rules’, bereksperimen dan lebihkan berfikir diluar kotak pemikiran sendiri. Seni seakan seruan, jika anda bertuah, anda akan di seru, jadi bersyukurlah dengan apa yang anda dapat sekarang.

 

www.helen-warner.com
Facebook: Helen Warner Photography
Flickr: Helen Warner (airgarten)

 

Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah Fotografika isu 30 (Apr/ Mei 2016)

FG30 Cover