Fujifilm X-T30, kamera berkuasa dan pelbagai guna

19/03/2019 | miza

Kamera digital Fujifilm X-T30 telah dilancarkan di Malaysia pada 16 Mac yang lalu. X-T30 merupakan kamera terbaharu Siri X, koleksi yang diperkenalkan bagi kebolehan mencapai imej yang berkualiti, warna terperinci dan pengendalian berasas dail. X-T30 menawarkan prestasi terbaik dengan adanya sensor imej generasi ke-empat dan pemproses resolusi 26.1 megapiksel serta AF yang cekap dan berkualiti. Bingkai kamera X-T30 mempunyai piksel ‘phase detectaion’ untuk mendapatkan kontras terbaik. Selain itu, X-T30 dilengkapi dengan ciri ‘Focus Lever’ yang membenarkan pengguna mengubah titik fokus dengan mudah, skrin sesentuh yang memiliki ransangan lebih intuitif dan rekaan kamera yang lebih stabil apabila menggunakan lensa yang lebih besar. Untuk maklumat lanjut mengenai X-T30, layari laman sesawang http://fujifilm.my/product/x-t30/.

IMG20190316104450