Fujifilm Malaysia memperkenalkan kamera instax Square SQ10 & instax mini 9

24/05/2017 | miza

DSCF6144

 

Fujifilm Malaysia telah melancarkan dua kamera baharu iaitu instax SQUARE SQ10 dan instax mini 9. Pelancaran SQ10 diumumkan beserta tema ‘The New Shape of Creativity’. Kamera instax hidrid SQ10 dilengkapi dengan format baharu yang menawarkan filem berbentuk segi empat sama menjadikannya kamera instax hidrid pertama dalam rangkaiannya yang dilengkapi dengan pengesan imej digital dan teknologi penghasilan imej digital bagi menghasilkan kualiti imej fotografi yang lebih hebat dan fungsi suntingan imej sebelum mencetak.

DSCF6090

Menurut Encik Yoshitaka Nakamura; Pengarah Urusan Fujifilm Malaysia “Format filem berbentuk empat segi sama memberi ruang yang terbaik dalam menonjolkan kemahiran seni. Kamera ini pasti mendapat perhatian generasi muda kerana ianya kamera yang menarik dan menawan disamping dilengkapi dengan ‘Social Network Service’ (SNS) atau ‘Sistem Jaringan Sosial’ yang menggunakan format segi empat sama.

Bersempena dengan pelancaran ini, satu kempen ‘Taking New Shape:Creating Journals of Journeys’ telah dijalankan dengan bantuan 6 individu berpengaruh yang terdiri daripada Hatta Dolmat, Charlene Tan, Ahmad Ezzrin Loy, Fara Ain, Ramona ZamZam dan Angela Lieche. Mereka memaparkan jurnal kehidupan sepanjang 5 hari menggunakan kamera SQ10 mengikut kreativiti tersendiri.

“Idea utama kempen ini bertujuan untuk menunjukkan bagaimana mudahnya untuk meneroka sisi kreatif seseorang tanpa kemahiran seorang jurugambar profesional”, kata Nakamura. Tambahnya, “Kami mahu mengetengahkan bagaimana format berbentuk segi empat sama mampu menjadikan fotografi sangat mudah dan berseni di setiap sudut.”

DSCF6099

Dalam majlis yang sama, kamera instax mini 9 turut dilancarkan dimana mini 9 dicipta berdasarkan kejayaan yang diperolehi dari instax mini 8 yang umum ketahui di seluruh dunia di mana ia mempunyai reka bentuk ikonik dan kemudahan penggunaan yang sama. mini 9 dilengkapi dengan cermin swafoto dan kanta fokus dekat disamping mewarisi ciri-ciri lengkap daripada mini 8.

mini 9 menawarkan 5 warna baharu yang bergaya iaitu ‘Flamingo Pink’, ‘Lime Green’, ‘Cobalt Blue’, ‘Smoky White’ dan ‘Ice Blue’. Untuk maklumat lanjut mengenai produk layari laman sesawang rasmi http://instax.com/.