
Kamera X-A5 bergaya serba baharu lanjutan daripada model X-A3, kamera digital tanpa cermin yang paling kecil dan ringan dalam rangkaian X Series. Dilengkapi dengan sensor 24.2 megapiksel APS-C baharu dan teknologi penghasilan semula warna tersendiri X Series, X-A5 menawarkan pelbagai ciri baharu termasuk kanta zum, rakjaman filem 4K, skrin sentuh dan teknologi Bluetooth untuk pemindahan gambar.
Fujifilm X-A5 juga dilengkapi dengan monitor LCD belakang besar yang boleh diputar 180 darjah.Apabila diputarkan, tombol arahan belakang secara automatik berfungsi kepada zum dan pelepasan pengatup untuk memastikan imej swafoto dirakam dengan sempurna. Malah, ia juga mengaktifkan fungsi Mata AF secara automatik untuk mendapatkan potret bermutu tinggi dengan fokus yang jelas.
X-A5 menawarkan 11 pilihan Mod Simulasi Filem unik Fujifilm bagi menambah baik karya seni dengan penghasilan iras warna filem. Malah, kamera juga menyediakan 17 pilihan turas lanjutan termasuk ciri baharu “Fog Remove” dan “HDR Art”.
X-A5 boleh didapati dengan 3 warna pilihan iaitu perak, coklat dan merah jambu serta dilengkapi dengan FUJINON XC15-45mm F3.5-5.6 OIS PZ.
Dalam majlis yang sama, Fujifilm turut mengumumkan pelantikan atlet gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi sebagai duta swafoto X-A5 rasmi syarikat.
Untuk maklumat lanjut, layari http://fujifilm.my/product/x-a5/
