Faces of the World membawa semangat muhibah sesama manusia

29/11/2018 | miza
SYN_5230
Dari kanan, Pengurus Penjenamaan OPPO Electronics Sdn Bhd; Ng Jun Jie,  Pengurus Kanan Pemasaran Canon Malaysia; Edward Chang, Pengarah YL Camera; Desmond Liew, Pengarah Win Win Sdn Bhd; Nelson Ng, Pengasas KLPF; Kim Teoh, Pengarah V Photo Sdn Bhd; Evelyn Chiang, Timbalan Pengarah Taiwan Tourism Bureau; Cindy Chen, Timbalan Pengarah Tourism Authority of Thailand; Sirinthara Surakanitaya & Pengarah KLPF, Jessica Chan dalam upacara melepaskan belon tanda rasminya KLPF 2018!
SYN_5081
Persembahan pembukaan oleh Hands Percussion
SYN_5170
Persembahan tarian nyonya oleh Encore Melaka

Kuala Lumpur Photography Festival (KLPF) telah melabuhkan tirainya pada 28 Oktober lalu di Dewan 2 & 3 Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur. Acara ulang tahun kali ke-22 ini membawakan pameran fotografi tahunan bertema “Faces of the World”, anugerah Photo-creator tahun 2018 “Challenges” yang telah dimenangi oleh Zanariah Salam, bengkel fotografi yang dikelolakan oleh jurugambar profesional antarabangsa dan tempatan, pameran fotografi pilihan editor “The Most Charming Inhabited Ancient Cities” dan persembahan tarian kebudayaan masyrakat nyonya oleh penari Encore Melaka. KLPF kali ini telah menerima kunjungan seramai lebih 40 ribu orang pengunjung yang datang dari Malaysia mahupun antarabangsa.

 

SYN_6210  SYN_5818

Seminar Photomania dan Travelmania merupakan program tahunan yang mesti ada sepanjang 3 hari KLPF berlangsung. Seminar-seminar ini disampaikan oleh jurugambar-jurugambar serta pengembara profesional antarabangsa dan tempatan yang dibarisi oleh Jamason Chen (USA), Jerome De Perlinghi (USA), Philippe Durant (Belgium), Alex Ng (Hong Kong), Irsam Soetarto (Indonesia), Lee Hin Mun (Singapura), Foo Kok Kin, Harry Woo, Kim Teoh, Steve Chong, Andrialis Abdul Rahman, Ashraf Saharudin, Syaiful Redzuan Md Noor, Shuhada Hasim, SK Cheng, Jidin, Mohd Azlan MAM dan ramai lagi.

SYN_6061

KLPF telah membuka peluang kepada semua peminat fotografi di seluruh dunia untuk menghantar hasil karya mereka mengikut tema “Faces of the World” dan hasil karya terpilih dipamerkan sepanjang 3 hari KLPF berlangsung. Berikutan tema tahun ini, sebanyak 1,100 keping gambar telah diterima dari jurugambar warganegara Malaysia, Greece, Indonesia, India, Itali, Bangladesh, Libya, Rusia dan Sepanyol. Ianya menjadi satu kebanggaan kepada diri peserta disamping mencabar diri sendiri untuk memperbaiki mutu hasil kerja untuk mempamerkan hasil karya mereka kepada pengunjung yang hadir.

Tahun ini, KLPF membawakan secara khas 7 bengkel fotografi bersama-sama jurugambar profesional antarabangsa dan tempatan yang terdiri daripada Dr Oh Soon-Hwa, Azul Adnan, Jamason Chen, Jerome De Perlinghi dan Alex Ng. Bengkel-bengkel ini berjaya dijalankan dengan sempurna dengan adanya penglibatan daripada pengunjung yang berminat untuk memperbaiki mutu kerja mereka dalam bidang fotografi dengan adanya pembelanjaran dari jurugambar profesional.

SYN_5585  SYN_5754

SYN_6795  SYN_6817

KLPF merupakan sebuah festival yang menyatukan semua jurugambar tempatan dan antarabangsa untuk berkumpul dan bertukar-tukar pendapat sesama sendiri bagi memantapkan lagi skil dalam bidang fotografi. Malah, pihak KLPF juga membuka ruang kepada pengunjung untuk menghayati pameran fotografi antarabangsa. KLPF membawakan pameran fotografi Eyes on Main Street dari USA, Jeonju International Photo Festival dari Korea dan The Photographic Society of Singapore dari Singapura. Selain pameran fotografi antarabangsa, KLPF juga melaksanakan program khidmat korporat CSR, dimana penganjur KLPF dengan besar hati memberi ruang pameran secara percuma kepada persatuan fotografi Badan Bukan Kerajaan (NGO), sekolah menengah dan universiti tempatan yang terpilih untuk mempamerkan hasil karya ahli kumpulan dan pelajar sekolah bagi mengetengahkan mereka mengenai industri fotografi secara realiti sebagai persediaan dalam alam pekerjaan.

SYN_6802  SYN_6148

SYN_6628
Pemenang Photo Creator of the Year 2018, Zanariah Salam
SYN_6638
Finalis 10 Teratas Photo Creator of the Year 2018 bersama-sama barisan juri pertandingan (ke-empat dari kiri) Dr Oh Soon-Hwa, Jerome De Perlinghi, Alex Ng, Jamason Chen dan Ashraf Saharudin

 

Sepanjang 3 hari acara KLPF, pertandingan fotografi telah diadakan untuk para pengunjung meluangkan masa di samping memantapkan lagi bakat mereka dalam bidang ini dengan penyertaan 5 pertandingan yang telah disusun rapi iaitu KLPF 2018 Model Shoot, KLPF 2018 Selfie/Wefie, KLPF 2018 Video Clip, KLPF 2018 Beauty of Nyonya, KLPF 2018 Station Game dan pertandingan khusus untuk kanak-kanak KLPF 2018 Kids n Family Creative Game. Kesemua pertandingan mengkehendaki peserta untuk mengepos dalam laman sosial Facebook disertai dengan tanda pagar mengikut pertandingan yang disertai dan menukar tetapan Facebook peserta dibuka kepada umum. Pemenang bagi kesemua pertandingan diumumkan menerusi laman sosial Facebook pada 30 November 2018.

Selama 22 tahun ini, KLPF telah dibuka kepada orang ramai secara percuma bagi pengunjung beroleh ilmu pengetahuan di samping mengenali rakan seperjuangan baharu serta berkongsi pendapat yang ada. Segala apa yang telah disampaikan oleh para jurucakap Photomania dan Travelmania diharap dapat menjadi panduan yang berguna kepada semua untuk terus menceburi bidang ini.

SYN_7253

Kami warga editorial majalah Fotografika selaku salah satu majalah bagi penganjur KLPF mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pempamer, jurucakap Photominia dan Travelmania serta pengunjung yang telah hadir secara langsung mahupun tidak langsung dalam memberi sokongan padu pada setiap acara yang telah kami adakan. Kita jumpa lagi dimasa hadapan Kuala Lumpur Photography Festival (KLPF) 23-25 Ogos 2019 di Dewan Ekspo Viva Home.

YZQ_2393  SYN_6767

SYN_6901  SYN_6789

SYN_6322  SYN_6224

SYN_5943  SYN_5486

SYN_6410
Majlis penyampaian hadiah Pertandingan Fotografi MTCC 2018