Dari penari kepada jurugambar tarian

07/08/2017 | miza

Temuramah: Miza           Foto: Visithra Manikam

 

visithra
Visithra Manikam

 

Visithra Manikam merupakan seorang jurugambar wanita yang mula mendalami bidang fotografi secara sendirian sejak tahun 2006 dengan menggunakan kamera digital pertamanya iaitu Canon PowerShot A620. Kamera ini memberikan beliau kebolehan untuk merakam secara manual dan mempelajari asas fotografi secara tidak langsung. Malah ia juga mengajar beliau cara mengatasi keperluan alatan fotografi yang terhad dan melihat perbezaannya menerusi kebolehan kamera yang beliau peroleh. Pameran foto pertama beliau yang dipamerkan merupakan hasil karya daripada kamera tersebut.

Visithra Canon 40d

Beliau mula merakam gambar perkahwinan secara komersial pada tahun 2009 dan namanya pernah tersenarai dalam 10 orang jurugambar wanita terbaik di Malaysia oleh majalah FACES pada tahun 2010. Beliau juga turut dikenali dalam bidang fotografi kembara dan tarian dengan gaya fotografinya yang lebih tertumpu kepada potret.
Beliau sebenarnya merupakan bekas penari dan mengemari pelbagai jenis bentuk tarian serta telah terlibat dalam bidang ini sejak dahulu lagi. Pengalaman beliau menyertai tarian lebih tertumpu kepada tarian tradisional India, oleh sebab itu beliau lebih mengemari merakam penari tarian ini. Ketika pertama kali beliau menceburi bidang fotografi ini dahulu, beliau secara tidak langsung telah merakam gerak tari penari.

Visithra - 5d mark2

Beliau tidak mempunyai mentor akan tetapi beliau banyak berinteraksi dengan komuniti jurugambar yang terdapat dalam laman sosial Flickr. Beliau banyak menghantar hasil karya beliau dalam kumpulan fotografi kritik bagi memperbaiki lagi skil fotografi beliau. Selain daripada itu, beliau juga banyak mengikut gaya fotografi oleh jurugambar filem. Setelah setahun beliau menceburi bidang fotografi, beliau menyedari bahawa ada beberapa gambar yang beliau gemari sejak dari kecil lagi merupakan gambar yang dirakam oleh jurugambar wayang Tamil, Ravi. Dibelakang gambar tersebut mempunyai tandatangan beliau dan ini memberikan motivasi padanya untuk terus berkarya hingga kini. Secara tidak langsung beliau mendapat inspirasi untuk menghasilkan karya menerusi gaya fotografi jurugambar tersebut.
Selain daripada itu inspirasi lahir dari segi rekaan kreatif tersendiri penari tersebut dengan menggabungkan ideanya dan hasilnya tidak seperti di duga. Pernah tahun lepas beliau merakam penari balet dan beliau menyatakan bahawa mereka akan dirakam di kawasan berpasir dan inginkan prop seperti shawl. Akan tetapi penari tersebut datang dengan prop lain. Penari tersebut lebih mengetahui apa yang terlintas dalam pemikiran minda beliau. Secara asasnya, mereka mendapat inspirasi sesama sendiri.

Visithra - Sony a6000 Orissa, India 1

Selain daripada merakam gambar tarian, beliau juga meminati fotografi kembara dimana beliau akan merakam potret penduduk setempat bagi menceritakan keadaan sebenar lokasi tersebut. Baru-baru ini, beliau berpeluang merakam sekumpulan penari kabaret di sebuah pulau Thailand. Ianya berlaku secara spontan apabila beliau sedang berjalan-jalan di pulau tersebut.

Bagi menghadapi saat kritikal semasa merakam, beliau sudah menetapkan imej yang dikehendaki dalam mindanya sebelum merakam. Ianya untuk memastikan beliau memfokuskan apa yang hendak dirakam sahaja. Terdapat beberapa cabaran dalam merakam gerak tari penari ini di antaranya ialah sumber cahaya rendah dan aksi pergerakan yang pantas terutama persembahan secara langsung. Malahan, anda tidak dapat menggunakan lampu denyar kerana ini akan menggangu persembahan dan penonton lain.

Beliau mempunyai kelebihan dalam bidang tarian ini kerana beliau dahulunya merupakan seorang penari dan mempunyai penonton tetap disampingnya. Beliau dapat menjangkakan pergerakan penari dan bilakah perlu merakam gambar tarian tersebut. Ianya amat penting terutama gerakan tarian secara pantas seperti tarian Bharathanatyam dimana perletakan tangan yang salah pada hasil karya menjadikan imej penari tersebut tampak tidak sempurna. Melihatkan hasil karya yang diperolehi seperti yang di idamkan merupakan sebuah anugerah yang tidak ternilai baginya. Malah, kegembiraan dari riak si penari menerusi rakaman yang diambil juga, meluahkan rasa kegembiraan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Visithra - Canon 5d Mark 2 eBermula dengan kamera kompak kepada kamera DSLR dan kini beliau mengikut peredaran zaman semasa menggunakan kamera lensa boleh ubah. Walaupun begitu, beliau juga masih memerlukan kedua-dua lensa zum dan lensa sudut luas untuk mendapatkan persepktif yang berlainan. Kebiasaannya beliau merakam menggunakan Canon 5D Mark II, lensa 17-40mm 4.0L, 85mm 1.8 dan juga Sony A6200 bersama-sama lensa kit.

 

v-eyez.blogspot.my
Facebook: veyezimagery
Instagram: visithra
Flickr: visithra

 

Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah Fotografika isu 31 (Jun/Julai 2016)

FG31 Cover