Cetakan Sianotip(Cynaotype), mengapa gambar awak warna biru?

07/12/2016 | miza

Teks : Ashraf Saharudin         Foto: Mohd Azlan M.A.M08

Exif_JPEG_PICTURE
Face off

Masih ramai yang tidak sedar akan kewujudan proses-proses alternatif dalam cetakan fotografi. Proses-proses ini bukan sahaja menarik untuk dipelajari dan dikaji, malah proses unik dan menarik ini bakal memberikan suatu pengalaman baru bagi mereka yang lahir dalam dunia digital masa kini.

Exif_JPEG_PICTURE
Fogging memory

Cetakan sianotip (cyanotype) merujuk kepada kaedah pemprosesan dalam cetakan imej yang menggunakan cahaya matahari atau secara spesifiknya sinaran UV dan melibatkan beberapa jenis campuran bahan kimia. Larutan bahan kimia yang terlibat dalam cetakan jenis sianotip ini termasuklah campuran biru Prusia, larutan potassium ferricyanide dan larutan ferric ammonium citrate. Sewaktu proses penghasilan imej sianotip, kertas akan di sapu dengan campuran bahan kimia terlibat, dan subjek diletakkan di atas kertas(contact print) sebelum ditindan dengan lapisan kaca dan didedahkan kepada pancara cahaya matahari. Hasil tindak balas kimia dengan sinaran UV dalam cahaya matahari dan lapisan bahan kimia pada kertas akan menghasilkan imej berwarna biru gelap. Dedahan perlu dibuat sekitar 5 hingga 15minit atau sehingga warna biru pada permukaan kertas jelas kelihatan.

isi-dan-kulit-ii
isi dan kulit ii

Proses cetakan sianotip bukan sahaja menjimatkan kos, malah proses ini juga bertindak sebagai alternatif kepada proses cetakan bilik gelap. Cuma antara perkara yang perlu dititik beratkan di sini adalah untuk mengelakkan kehadiran bahan-bahan daripada penggunaan alatan-alatan logam mahupun kertas yang mengandungi bahan kimia asing. Kertas yang digunakan hendaklah dari kertas organic, begitu juga alatan-alatan yang terlibat bagi mengelakkan tindak balas kimia campuran sianotip dengan bahan kimia asing yang lain.

Exif_JPEG_PICTURE
the trust

 

Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah Fotografika isu 07 (Jun/Jul 2012)

fg-07-cover_o