Canon memperkenalkan kamera mesra pengguna

10/04/2018 | miza

Canon_EOS 3000D_2Canon_EOS 1500D_4Canon_EOS M50_4Canon_Speedlite 470EX-AI_2

Canon Marketing Malaysia Sdn Bhd telah melancarkan tiga kamera baharu di bawah siri EOS iaitu kamera mirrorless EOS M50, dua kamera DSLR EOS 1500D dan EOS 3000D serta lampu denyar Speedlite 470EX-AI pada 10 April 2018. Produk pengimejan baharu ini menawarkan keseimbangan sempurna di antara kualiti pengimejan mengagumkan dan aspek kegunaan terbaik. EOS M50 merupakan kamera pertama Canon yang dilengkapi dengan pemproses imej terkini DIGIC 8 yang menawarkan keupayaan rakaman video 4K bagi pengguna merakam dan berkongsi detik-detik indah. Pemproses imej termaju DIGIC 8 yang digabungkan dengan sensor APS-C CMOS bersaiz 24.1 megapiksel menawarkan pengguna teknologi terkini untuk merakam imej jelas dan menarik walaupun dalam situasi cahaya kurang. Dengan adanya ciri Dual Pixel CMOS AF, membolehkan pengguna mendapat imej kurang blur walaupun subjek bergerak pantas. Fungsi 4K Image-Grab membolehkan pengguna mendapatkan imej beresolusi tinggi dari video yang dirakam. Manakala, ciri autofokus Touch and Drag pula membenarkan pengguna menukar fokus subjek dengan meletakkan jari di atas skrin sentuh LCD.

EOS 1500D dan EOS 3000D pula kamera DSLR ideal untuk mereka yang baharu berjinak-jinak dalam bidang fotografi dengan tawaran harga mampu milik dan mudah dikendalikan. Kedua-dua kamera ini dikuasakan oleh pemproses imej DIGIC 4+ serta sensor APS-C CMOS 24.1 dan 18.0 megapiksel. Jadi pengguna boleh mendapatkan imej berkualiti terbaik walaupun dalam situasi cahaya malap. Ciri Features Guide membantu pengguna mempertingkatkan teknik fotografi melalui cadangan dan tip. Mode Scene Intelligent Auto menganalisa keadaan dan memperbaiki imej secara automatik untuk menghasilkan gambar cantik secara tersendiri.

Speedlite 470EX-AI merupakan lampu denyar auto-pintar pertama di dunia di mana menggunakan teknologi auto-pintar bounce (AI). Motor dan alat pengesan melakukan pengubahsuaian, konfigurasi dan penukaran arah flash konvensional secara automatik. Jadi, ia boleh memberikan sudut optimum dan cahaya yang sempurna tanpa perlu membuat tetapan sendiri. Didatangkan dalam 2 mod: automatik sepenuhnya dan semi automatik. Dilengkapi nombor panduan 147 dan jarak lingkunagn flash dari 14mm hingga 105mm, Speedlite 470EX-AI dikuasakan untuk memenuhi keperluan pelbagai latar dengan jarak dan sudut yang berbeza.

 

DSCF7616
(Dari kiri) Ko Huey Ching, Penolong Pengurus Bahagian Pengimejan & Informasi Pengguna Canon Malaysia; Jeffrey Kung, Ketua Bahagian Pengimejan dan Maklumat Pengguna Canon Malaysia; dan Melvin Lo, Pengurus Pemasaran Bahagian Pengimejan & Informasi Pengguna Canon Malaysia memperkenalkan 3 kamera baharu, EOS M50, EOS 1500D dan EOS 3000D serta Speedlite 470EX-AI.

 

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.canon.com.my atau Facebook rasmi www.fb.com/CanonMalaysia.