
Tourism Selangor berkolaborasi dengan PCP Publications telah menganjurkan bengkel fotografi di beberapa tempat tarikan pelancong di negeri Selangor. Bermula 22 Julai, sebuah bengkel fotografi tarian kebudayaan telah diadakan di Istana Bandar, Banting. Istana Bandar yang tersergam indah ini direka menyerupai senibina Islam India dan Timur Tengah. Istana ini berhampiran dengan Masjid Sultan Alaeddin dan dicat dengan warna kuning dan putih. Penganjur menjemput penari Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) mempersembahkan tarian tradisional dan bergaya untuk para peserta bengkel merakam gambar. Lebih 30 orang peserta bengkel diketuai tenaga pengajar, Kim Teoh merakam gambar penari berlatarbelakangkan keunikkan seni bina istana.

Bengkel kedua diadakan di Taman Botani Negara Shah Alam, Selangor dimana dilokasi luas ini, peserta berpeluang mempelajari teknik merakam menggunakan dron dalam bengkel fotografi asas dron. Lebih 20 orang peserta teruja mempelajari fotografi dron dengan dibantu oleh tenaga pengajar Jonathan Kok dan Kim Teoh. Bengkel telah diadakan pada 26 Ogos. Bengkel fotografi terakhir diadakan di Selangor Fruit Valley pada 23 September dengan penglibatan lebih 40 orang peserta dikuti tenaga pengajar Jessica Chan dan Azul Adnan. Lokasi yang menarik ini terletak di Rawang, Selangor merupakan sebuah ladang buah-buahan tropika dengan keluasan 646 hektar. Sambil belajar fotografi dalam bengkel ‘Environmental Still Life’, peserta berpeluang melihat dan merasai keindahan alam semulajadi serta mengenali buah-buahan tropika. Selain buah-buahan, ladang ini juga merupakan tempat pembiakan arnab, kambing serta rusa.
