Art Expo Malaysia Plus 2017

08/08/2017 | miza
Art WeMe Contemporary Gallery, Li Geng Min, Precious Moment III, Oil on canvas, 97 x 161cm, 2017

 

Nantikan pameran seni visual antarabangsa terbesar dan berprestij di Malaysia – Art Expo Malaysia! Ianya juga merupakan pameran seni yang berlangsung paling lama di Asia Tenggara. Pameran edisi ke-11 ini bakal diadakan pada 12-15 Oktober di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade (MECC), Kuala Lumpur dengan menampilkan 60 galeri/ kumpulan seni yang bereputasi baik daripada 30 negara yang memaparkan 2,000 keping hasil karya (termasuk lukisan, arca, pemasangan, fotografi) dari pelbagai gaya, ekspresi dan medium dibawah satu bumbung.

Art Expo Malaysia merupakan pameran seni mesra orang awam di dunia dan masuk adalah percuma sejak penubuhannya pada 2007.

Pelita Hati Gallery of Art, Muhammad Hafiz Azizi Saad, Menyangkut Pakaian Di Luar Pagar, Oil on canvas, 90 x 120cm, 2016

Delegasi Malaysia antara terbesar dimana mempunyai pempamer bereputasi baik yang banyak disamping pemain baharu dalam industri seni tempatan. Galeri-galeri ini mempamerkan lebih 100 artis tempatan, gabungan hebat artis perintis, bintang handalan, artis ternama dan artis baharu. Hasil karya rakyat Malaysia selalunya mendapat respon yang memberansangkan daripada pengunjung yang hadir.

Barisan pempamer Malaysia tahun ini termasuklah pempamer dan penyokong tetap seperti Henry Butcher Art Auctioneers, Masterpiece Auction (Tiny Rose Gallery), National Art Gallery, Bank Negara Malaysia Museum & Art Gallery, A2 Gallery, Artseni Gallery, Art WeMe Contemporary Gallery, City Art Gallery, Core Design Gallery, G13 Gallery, Gallery des Artistes, Jeth Art Gallery, Minut Init, NN Gallery, Pelita Hati Gallery Of Art, Taksu, The Print Room, V’ Art Space, Yahong Art Gallery dan banyak lagi.

Malah, ada galeri ini juga mempamerkan artis antarabangsa mereka seperti Art WeMe Contemporary Gallery mempersembahkan artis terkenal dari negara China, Sanzi, artis Taiwan, Liao Ying His dan Lo Ch’ing; kedua-dua rumah lelong seni Henry Butcher dan Masterpiece bakal mempamerkan hasil karya artis Asia Tenggara atau menonjolkan karya untuk dilelong; V’ Art Space pula bakal mempamerkan hasil karya artis Myanmar Soe Soe, artis Turki Coplu, artis Rusia Calya Popova dan ramai lagi.

The Print Room from Malaysia, Linda, Light In My Darkness l I Will Rise, Film photography, 71 x 100cm, 2014
JETH Art Gallery from Malaysia, Keng Seng Choo, A joyful Moment, Oil on canvas, 87 x 92cm, 2016

Tahun ini Gallery des Artistes yang dikelolakan oleh Edith Ho, ahli keluarga rapat usahawan ulung Hong Kong, Dato’ Sri Stanley Ho dalam penyertaan pertamanya bagi acara seni di Malaysia bakal mempersembahkan hasil karya artis Perancis Jeremi Ca dan Thierry Trives.

Art Xchange Gallery from Singapore, Antoe Budiono, Still Afraid Of The Little Guy, Acrylic on canvas, 160 x 130cm, 2017

Hasil karya artis Malaysia antarabangsa yang terkenal Awang Damit Ahmad (dilahirkan pada 1956, Sabah) telah dilelong banyak kali sehingga mencecah rekod yang mengagumkan di Sotheby’s, Christie’ dan rumah lelong tempatan, bakal dinobatkan ‘Tribute Showcase’ sebagai tanda penghargaan penglibatannya dalam bidang seni moden. Di booth pamernya bakal memaparkan hasil karya beliau yang paling dicari selepas siri ‘Essence Of Culture’ (EOC), siri Marista, siri Iraga, siri Payarama, siri Garismega dan banyak lagi.

TSG 1895 yang terletak di Galeri Starhill bakal berkolaborasi dengan artis Stephen Menon untuk projek istimewa untuk para pengunjung mengalami seni visual yang terbaharu. Saged Gallery bakal mempersembahkan hasil karya campuran emas 24K dan minyak pada kanvas oleh Kim II Tae, manakala Tree & Me Art Space bakal mempersembahkan hasil kreativiti arca kayu oleh Teo Seng Hong.

Selain daripada Malaysia, Art Expo juga disertai galeri antarabangsa seperti negara jiran kita Singapura, 6 galeri bakal mengambil bahagian menjadikannya kumpulan pempamer kedua terbesar. Barisan galeri yang mengambil bahagian tahun ini merupakan Art Xchange Gallery, ArtBlue Studio, Art Porters, Maya Gallery, Gnani Arts, dan White Space Art Asia.  Pempamer daripada negara Asia Tenggara yang mengambil bahagian tahun ini pula menampilkan Myanmar (Colour Cube Art Gallery), Thailand (Number 1 Gallery), Vietnam (Viet Friends Gallery) dan Filipina (Galerie Francesca).

Satelites Art Lab from Japan, Kenji Ichikawa, Kanagawa-oki Nami-ura, Wood-panel and adhesive on cut paper, 65 x 100cm, 2016

Pempamer dari negara Asia termasuklah Hong Kong (Chit Fung Art), Jepun (Gallery UG, Satelites Art Lab) dan Taiwan (The Art Club dan jaguh dakwat Cina Prof. Li Chi Mao yang berusia 92 tahun bakal mempamerkan beberapa keping hasil karya seni terbaharunya).

ATR Gallery dari Sepanyol merupakan penyokong tetap yang menyertai Art Expo Malaysia sejak tahun 2007. Untuk kali pertama penyertaan galeri daripada Perancis (Galerie Bruno Massa), Mexico (X Espacio) dan Australia (Lethbridge Gallery) bakal mempersembahkan hasil karya yang bakal menarik minat pengunjung.

Selain daripada galeri komersial, terdapat juga zon pameran solo yang terdiri daipada artis mewakili galeri yang mengambil bahagian. Seminar juga turut bakal diadakan semasa pameran.

ATR Gallery from Spain, Pablo Picasso, Femme au Chignon, Etching, 65 x 50cm, 1958

Art Ekspo Malaysia dikelolakan di bawah naungan Raja dan Permaisuri Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Menurut pengarah penganjur; Sim Pojinn, Art Ekspo Malaysia mempromosikan Seni Malaysia kepada platform seni antarabangsa, galeri tempatan dan artis kepada dunia secara meluas, menawarkan peluang kepada peminat seni untuk menghayati hasil karya agung luar negara disamping mendidik orang ramai untuk menghargai seni dan melabur dimana Kuala Lumpur merupakan pusat seni terpenting di Asia Tenggara yang aktif dalam seni perdagangan dan pembangunan seni sepertimana perhubungan antara komuniti. Berikutan catatan kejayaan tahun lepas, jualan hasil karya seni mencecah RM17 juta dan jumlah pengunjung yang hadir seramai 25,000 orang, beliau berharap tahun ini bakal mencatat rekod kejayaan yang baharu disamping mereka telah menambah baik acara daripada pelbagai aspek.

Manakala pengasas Art Expo Datuk Vincent Sim berkata “Ianya merupakan masa yang sesuai untuk pelabur melihat secara lebih serius pada pasaran seni. Masa yang baik untuk mulai mengumpul dan menghargai seni. Malah Art Expo Malaysia merupakan tempat yang sesuai untuk mengumpul hasil karya seni”.

Lethbridge Gallery from Australia, Brett Lethbridge, Sow The Wind, Acrylic on canvas, 150 x 150cm, 2006

 

Untuk informasi lanjut mengenai acara sila hubungi 03-7728 3677 atau emel kepada [email protected] atau log masuk pada laman sesawang www.artexpomalaysia.com.