Art Expo Malaysia (AEM) 2018 edisi ke-12

11/12/2018 | miza

Art Expo Malaysia (AEM) menyambut edisi ke-12 pada tahun 2018 sebagai pameran seni antarabangsa terpanjang yang diadakan di Asia Tenggara. Menampilkan kawasan pameran khas Asia Tenggara 1+9 (SEA) yang menawarkan kelainan pada persembahan pameran, penghargaan dan Pavilion Jepun. AEM diadakan di Pusat Pameran & Konvensyen Matrade (MECC), Kuala Lumpur dari 12-14 Oktober dengan bercirikan 65 galeri seni daripada 22 buah negara berhimpun mempamerkan 1,500 keping dibawah satu bumbung.

Art Xchange Gallery from Malaysia, Camelia Mitasari Hasibuan, Reflections of Life, 2018, Oil on Canvas, 200x140cm

AEM telah membuka kawasan pameran kurator khas atau isu hangat sosial dan politik. Barisan hadapan galeri Wei-Ling menampilkan Art Project Room dalam kawasan seluas 100 meter persegi dengan mempamerkan karya Chong Kim Chiew, Chin Kong Yee dan Chen Wei Ming. Lapan galeri bereputasi baik termasuk 3 dari Malaysia menyediakan hasil karya ‘cutting-edge’. Galeri dari Malaysia tersebut merupakan A+ Works of Art, Richard Koh Fine Art (Zelin Seah) dan Segaris Art Centre (Zulkifli Yusoff, Ramlan Abdullah, Jalaini Abu Hassan dan Fauzan Omar). Galeri yang terlibat sama ialah Gajah Gallery (Singapura), Subhashok Art Centre (Thailand), Srisasanti Gallery (Indonesia), Eskinita Art Gallery (Filipina) dan CUC Gallery (Vietnam).

CMYK_
REDSEA Gallery, James Austin Murray Celestial Event SK 2018 Ivory black oil on canvas 183×183

Barisan pempamer Malaysia tahun ini termasuklah pempamer dan penyokong tetap terdahulu seperti Henry Butcher Art Autioneers, Masterpiece Auction, National Art Gallery, Artemis Art, Aureo Gallery, G13 Gallery, Gallery Des Artistes, Jeth Art Gallery, NN Gallery, Taksu, The Art People Gallery, V’ art Space dan lain-lain lagi. Tahun ini AEM mempamerkan kehadiran 8 galeri dari Singapura yang membentuk kumpulan pempamer terbesar di ikuti Malaysia dan disertai Jepun. Galeri tersebut merupakan Art Porters, Art Xchange Gallery, ArtBlue Studio, Ghani Arts, Redsea Gallery, White Space Art Asia dan penyertaan sulung Asian Art Platform dan Mazel Galerie.

Sempena memperingati Allahyarham Khalil Ibrahim (1934 – 2018) yang telah banyak menyumbang dalam bidang seni Malaysia, Henry Butcher Art Auctioneers (HBAA) mempamerkan Tribute Khalil Ibrahim dengan mempamerkan hasil karya dalam awal penglibatan beliau dari tahun 1960 hingga 2000 dalam pelbagai bentuk medium. Booth HBAA turut juga mempamerkan beberapa keping hasil karya yang dibida pada 28 Oktober.

CMYK_
Masterpiece Auction from Malaysia, Tony Ng Chit Keong, This Moment Was Freeze, Acrylic on canvas, 152 x 152cm, 2018

Edisi ke 12 kali ini memperlihatkan 2 sokongan kuat sejak AEM tahun pertama tahun 2007, galeri Chit Fung Art dari Hong Kong yang terkenal dengan mahaguru dakwat asli Cina dan Spain’s ATR Gallery yang telah memperkenalkan sejumlah besar yang berbakat dalam seni arca.

23 buah galeri baharu antaranya merupakan Trish Gallery (Myanmar), EStyle Art Gallery (Taiwan), Spence Gallery (Kanada), NYICAS (Amerika Syarikat) dan Space 1326 (Korea Selatan) menjadi tumpuan pengunjung.

CMYK_
Estyle Art Gallery from Taiwan, Hung Te Chung, Unfadablem Watercolour, 52 x 76cm, 2017

Seiring dengan saranan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir, dasar Pandang ke Timur, penyertaan Jepun menampilkan nama besar dalam siri Nippon. Penyertaan terbesar Jepun berjumlah 40 artis daripada 8 galeri mempamerkan hasil karya dalam kawasan seluas 162 meter persegi di Japan Pavilion. Galeri tersebut merupakan Gallery UG, Gallery Hanakageshi, Gallery Ishikawa, Gallery Seek, Gallery Suiha, Hakkendo Gallery, Smart Ship Gallery dan Kinosho Kikaku. Artis terkenal antara mereka ikutan Pop anime dan Otaku adalah Akihiro Fujimoto, Hiroki Yoshida, Yasuhiro Asai, Takeshi Harada, Yoshikazu Hiramatzu, Kunihiko Nohara dan Misako Maegaki. Japan Pavilion ditaja oleh Warehouse TERRADA dan rakan rasmi logistik TERRADA ART ASSIST Co.,Ltd.

Barisan kedutaan pertukaran budaya menampilkan hasil karya dari artis yang dipilih daripada kedutaan Brazil, Croatia, Ecuador, Itali dan Rusia. Seminar seni juga diadakan pada 12 dan 13 Oktober dengan menampilkan lebih daripada 10 orang jurucakap profesional berlatar belakangkan bidang seni.

CMYK_
ATR Gallery from Spain, Jesus Curia, Dance ll, Bronze, 30 x 176 x 30cm, 2018

Art Ekspo Malaysia dikelolakan di bawah naungan Raja dan Permaisuri Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Untuk informasi lanjut mengenai acara log masuk pada laman sesawang www.artexpomalaysia.com.