
Niesa Jamalulail memulakan perjalanan fotografinya sejak 6 tahun yang lepas. Beliau mempunyai Ijazah Fotografi dan Pengimejan Kreatif, UITM. Berbekalkan pengalaman dalam bidang fesyen dan juga perlancongan, beliau juga mengembangkan cabang fotografinya kepada fotografi makanan. Beliau berminat untuk menceburi fotografi makanan kerana beliau melihat ramai peniaga mikro yang memerlukan bantuan dari segi gambar untuk pemasaran. Dengan secara tidak langsung peniaga-peniaga mikro ini dapat memiliki gambar yang setanding dengan peniaga-peniaga besar yang lain.

Kenapakah saudari meminati genre fotografi makanan?
Pernahkah anda mendengar ungkapan “dari mata turun ke hati?”. Saya berminat untuk meneruskan genre fotografi makanan kerana saya ingin menjamu mata bagi setiap pelanggan yang ingin membeli produk makanan para pelanggan saya. Ia juga merupakan satu kepuasan dimana saya dapat merealisasikan idea pelanggan saya dan lari daripada gambar-gambar yang cliche dan dapat mengeluarkan gambar yang setanding dengan Pinterest.

Adakah saudari menggunakan setup pencahayaan (studio lighting) atau hanya menggunakan available light? Kenapa?
Saya lebih banyak menggunakan pencahayaan studio kerana saya dapat memanipulasikan cahaya tersebut bagi mendapat ‘look & feel’ gambar yang dikehendaki.
Apakah tips penting ketika menggayakan makanan tersebut?
Sejujurnya untuk merialisasikan sesuatu idea dan gambar itu memerlukan perancangan yang teliti dan kefahaman yang tinggi terhadap klien. Saya kongsikan 3 tips ketika mengambil gambar makanan i) sentiasa memahami jenis produk yang ingin diambil ii) cari tema dan prop yang sesuai dengan produk iii) sentiasa berkomunikasi & berdiskus dengan klien tentang kehendak mereka.

Ikuti laman sosial Instagram https://www.instagram.com/niesaaajay/ untuk melihat hasil karya beliau.