Salam Taiwan 2020

22/11/2019 | miza

Salam Taiwan 2020

Biro Pelancongan Taiwan di Kuala Lumpur secara rasminya melancarkan slogan ‘Salam Taiwan’ versi 2.0 dan acara ‘Salam Taiwan 2020’ pada 21 November 2019. Pengarah besar pejabat Perwakilan Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia; Anne Hung berkata terdapat lebih daripada 350,000 pengunjung Malaysia yang datang ke Taiwan dari bulan Januari hingga September 2019, kadar pertumbuhan umat Islam dianggarkan 28% lebih tinggi daripada tempoh yang sama tahun lepas. ‘Salam Taiwan – Taiwan menyambut Anda’ telah mendapat komen positif daripada rakan-rakan Muslim. Mira Filzah telah dijemput sekali lagi sebagai jurucakap pelancongan Taiwan untuk ‘Salam Taiwan 2020’ dan pihak pelancongan juga bakal menjemput pasangan selebriti untuk datang ke Taiwan menikmati makanan halal dan meneroka tarikan di Taiwan. Mira Filzah bakal bertemu dengan peminat-peminatnya di Taiwan pada 18 Jun 2020.

DSCF8972Bagi menjayakan slogan ini, lebih 210 restoran dan hotel di Taiwan telah mendapat sijil halal. Oleh itu, indeks “Crescent Rating – Indeks Pelancongan Muslim Global” (GMTI) pada tahun 2019 oleh Mastercard mencatatkan Taiwan adalah destinasi ketiga terbaik di negara bukan Islam, diikuti Jepun, Singapura, Thailand dan United Kingdom. Salam Taiwan 2020 bakal mempromosikan sumber pelancongan Taiwan untuk lima tema utama seperti makanan, ekologi, lohas, budaya dan berbelanja.

 

DSCF8977Bagi menyediakan perkhdimatan perjalanan yang terbaik, Biro Pelancongan Taiwan telah melancarkan program promosi ‘Salam Taiwan 2020’ dengan kerjasama pengendali pelancongan dari Malaysia dari Disember 2019 sehingga 30 September 2020. Sekiranya anda membeli pakej pelancongan Salam Taiwan 2020 melalui agensi pelancongan yang berkerjasama dengan Biro Pelancongan Taiwan, sama ada anda melancong sendiri selama 3hari 2malam atau lawatan berkumpulan selama 4hari 3malam, anda boleh mendapat tart nenas Taiwan yang halal secara percuma. Selain daripada itu, Biro Pelancongan Taiwan mengalu-alukan anda untuk datang ke pejabat mereka untuk mendapatkan risalah-risalah dalam bahasa melayu dan memperkenalkan aplikasi Halal.TW bagi memudahkan anda untuk melihat restoran-restoran halal yang terdapat di Taiwan.

Biro Pelancongan Taiwan bakal mempromosikan program ‘Salam Taiwan 2020’ di acara MATTA FAIR, KL pada bulan Mac, Taiwan Travel Fair, MITA Tourism Carnival, International Islamic & Halal Festival Johor dan MATTA FAIR Pulau Pinang.

DSCF8978

 

Acara 1 Hari di Taiwan

IMG20191121152016Acara 1 hari di Taiwan telah diadakan di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur pada 21 November 2019. Acara ini telah disertai oleh 80 orang yang terdiri daripada media dan pempengaruh media sosial. Persatuan Pengunjung Taiwan bersama-sama organisasi pelancongan daripada Taiwan telah membawakan informasi seperti hidangan makanan Taiwan yang terkenal, destinasi popular dan aktiviti kebudayaan untuk dikongsikan bersama-sama media dari Malaysia.

Para peserta berpeluang melakukan aktiviti DIY, melukis pada payung kertas dengan menggunakan cat minyak seperti ditunjukkan oleh pengajar yang didatangkan dari Meinong, Kaohsiung dan membuat pencuci mulut Taiwanese Dumpling (Xiao Long Bao) berintikan coklat.

IMG20191121163642