Teks & Foto: Ashraf Saharudin


Diperkenalkan pada tahun 1967, kamera Polaroid Land “Automatic 210” ini diberi jolokan “67 Plastic Fantastic” oleh sesetengah jurugambar kerana ia merupakan salah satu model awal kamera Polaroid Land yang jualannya mencecah jutaan unit pada harga yang sangat berpatutan dan mampu dimiliki kebanyakan orang.

Meskipun model ini sudah berusia puluhan tahun dan pengeluarannya telah lama dihentikan, anda masih boleh mendapatkan unit-unit lama dan telah digunakan di pasaran internet. Soal filem tidak perlu digusarkan lagi kerana terima kasih kepada Fujifilm kerana menghasilkan filem segera untuk model kamera Polaroid ini dan beberapa model yang lain. Antara filem yang terdapat di pasaran adalah Fujifilm Fuji FP-100C(warna), FP100B(hitam putih), dan FP3000B(hitam putih).
Operasi kamera ini agak ringkas dan anda hanya memerlukan beberapa minit untuk belajar. Spesifikasi kamera: Badan, lensa dan pengatup yang dibuat daripada kombinasi logam dan plastik berkualiti.
Lensa: 114mm f/8.8 2-elemen plastik
Pembidik: Pembidik Parallax dengan pengukur jarak
Kelajuan Pengatup: 1/1200saat-10saat (automatik)
Aperture: f8.8-f42 (automatik)
Tetapan Dedahan: Dail dengan nilai -1/+2 stops (Lighten/Darken)
ISO/ASA: ASA75 (untuk filem ASA100) and ASA3000 (untuk filem ASABW 3000)
*Kebanyakan slot bateri kini telah diubah suai bagi membolehkan penggunaan bateri AAA.
**Filem boleh didapati di kedai-kedai terpilih atau anda boleh berkunjung ke Bang Bang Geng di Publika, Solaris Dutamas (bergantung kepada stok).
Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah Fotografika isu 20 (Ogos/ Sept 2014)
