Art Expo Malaysia 2019

20/09/2019 | miza

Hasil karya penggiat seni dari negara Asia Tenggara bakal dipamerkan di Art Expo Malaysia (AEM) pada bulan Oktober tahun ini dengan menekankan 3C iaitu ‘Contemporary’, ‘Cutting-Edge’ dan ‘Curated’.

Gallery UG from Japan, Kunihiko NOHARA, Family Restaurant, Acrylic on canvas, 194 x 130.3 cm, 2019

AEM merupakan pameran seni antarabangsa terpanjang dan berprestij di Asia Tenggara. Edisi ke-13 pada tahun ini diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC), Kuala Lumpur dari 11-13 Oktober, pukul 11.30 pagi – 9.00 malam. Yuran masuk adalah RM15.

Pavilion Jepun menampilkan kemunculan seni kenderaan Jepun dari era ‘Super-Flat-And-Post’ dalam 8 hingga 11 galeri. Pavilion ini dibawah naungan Japan Association of Contemporary Art (JACA) dengan tema ‘Happy Aura’. Galeri yang mengambil bahagian tahun ini merupakan Galeri UG (sejak 2016), Galeri Ishikawa, Galeri Hanakagesho, Smart Ship Galeri, Kinosho Kikaku dan Hakkendo Galeri. Antara pendatang baharu yang terkenal ialah Galeri Sankeido yang mempunyai sejarah sejak tahun 1871 dan galeri ini terletak di zon seni Nihonbashi/Kyobashi. Lain-lain galeri yang terlibat merupakan Soei Galeri, Galeri Class, Shukado Galeri dan The Galeri/Tanaka Art Galeri. Pavilion Jepun ini bakal menjemput pengkarya seni terkenal seperti Akihiro Fujimoto, Hiroki Yoshida, Kunihiko Nohara, Kohei Yamada dan Izumi Ohwada.

Tribute Pavilion untuk pengkarya seni lagenda untuk tahun ini dengan bangganya bakal mempamerkan abstrak dan kolaj perintis Singapura, Goh Beng Kwan (lahir pada 1937). Tribute pavilion juga pernah diadakan pada tahun 2009, 2012 dan 2017.

Lawangwangi from Indonesia, Patriot Mukmin, Al-Fatihah #2, Woven painting, oil on canvas and camouflage military fabric, 150 x 150 cm, 2018

Ruang pameran SEA Art Lab dengan keluasan 100 meter persegi ini dengan kedudukan di ruang utama yang terletak di pintu masuk ruang pameran AEM bakal menyaksikan karya A+ Work Of Art. Ianya bakal mempersembahkan pemasangan berganda, satunya adalah daripada pengkarya seni Malaysia, Tan Zi Hao dan satu lagi hasil karya pengkarya dari Indonesia kelahiran Belanda, Mella Jaarsma. Pengkarya seni pelbagai displin Zi Hao bakal mempamerkan pemasangan exoskeletal yang diperbuat daripada kaca gentian dan metal mitos Hindu haiwan Makara dengan kepala hibrid gajah dan buaya serta ekor ikan. Mella pula lebih dikenali gabungan pakaian antara antropologi, fesyen, kebudayaan dan kostum bersama-sama persembahan beliau, DiCabut. Mella merupakan pengasas ruang kontemporari Cemeti Art House (sekarang dikenali sebagai Cemeti Institute of Art and Society) yang diasaskan di Yogyakarta sejak tahun 1988.

LSD from Japan, Reina Taniho, Mountain Fire, 27.3 × 45.5 cm, Rock pigments on paper, 2019

Karya A+ Works Of Art juga bakal dipamerkan di zon SEA Art Now sebaris dengan galeri Segaris Art Center, Core Design Gallery, Richard Koh Fine Art, Singapore’s Linda Gallery dan Gajah Gallery, Indonesia’s Kohesi Initiatives dan Lawangwangi.

Galeri Segaris Art Center bakal mengetengahkan pameran daripada alumni UiTM yang mewakili kepelbagaian displin seni dari generasi yang berbeza. Core Design Gallery pula membawakan pameran baharu yang dikurator dimana setiap pameran menampakkan butiran hasil karya tersebut. Selain pelukis skulptur Yeoh Choo Kuan, Justin Lim, Faizal Yunus, Joshua Gomes, Hasanul Isyaf Idris dan Haffendi Anuar, Richard Koh Fine Art bakal membawakan pengkarya antarabangsa yang lahir tahun 1991, Liu Hsin-Ying dan Pen Robin.

‘The Artists’ Room pula menampilkan penyertaan pengkarya seni dari galeri-galeri yang terlibat. Antaranya Anniketyni Madian dan Nor Tijan Firdaus dari Core Design Gallery, Khairudin Zainudin dari G13 Gallery, Choo Ai Xin dari Artemis Art, Nyoman Nuarta dari Linda Gallery dan Tran Tuan dari Vietnam Vin Gallery.

Estyle Art Gallery from Taiwan, Chang Chieh Ti, Isolated Island, Oil paint on wood, 146x146cm, 2019

Antara galeri antarabangsa yang terlibat sama pada tahun ini merupakan galeri LSD (Jepun), Able Fine Art NY Gallery (Amerika Syarikat), ATR Gallery (Sepanyol), Galerie Bruno Massa (Perancis), Artdoor Taipei dan Estyle Art Gallery (Taiwan), L Gallery dan Contemporary Art Gallery Atelier Aki (Korea Selatan), Subashok The Arts Centre, Number 1 Gallery dan La Lanta Fine Art (Thailand), Art Serpong Gallery dan Art Xchange Gallery (Indonesia), J Studio (Filipina), Gnani Arts, Art Porters, ArtBlue Studio, Asian Art Platform, REDSEA Gallery dan White Space Art Asia (Singapura).

Kumpulan pengkarya seni tempatan diketuai oleh National Art Gallery, Henry Butcher Art Auctioneers, Taksu, The Art People Gallery, Tiny Rose Gallery, Art WeMe Contemporary Gallery, Galleri Des Artistes, Aureo Gallery, City Art Gallery dan Li Chi Mao Art Museum.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.artexpomalaysia.com atau telefon 03-7728 3677/012-206 1345.

 

TAKSU from Malaysia, Rudolf Burda, Silver Fractal Lines, Layered blown glass, 50 x 100 x 60 cm, 2019

 

ATR Gallery from Spain, Francis Bacon, Triptych August, Lithograph on paper, 90 x 48 cm, 1979