Tahun ini merupakan tahun ke-23 sejak Kuala Lumpur Photography Festival diperkenalkan pada tahun 1997. Ianya merupakan festival fotografi terlama di Malaysia dan Asia Tenggara dengan matlamat untuk membangunkan seni fotografi di kalangan jurugambar Malaysia agar setaraf dengan pemain arena antarabangsa. Malah, KLPF juga bukan hanya mempamerkan hasil karya peminat fotografi tempatan, akan tetapi kami membawakan pameran fotografi daripada festival fotografi antarabangsa. KLPF 2019 telah dirasmikan oleh YB Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia & Sukan, persembahan tarian dari Encore Melaka & persembahan Hands Percussion.

Sempena bulan Ogos yang sinonim dengan bulan patriotik ini, pameran foto tahunan untuk tahun ini bertemakan “Kampungku”. Kami percaya walaupun telah mengembara ke seluruh pelusuk dunia ini, tetapi tiada yang seindah kampung halaman masing-masing. Cinta pada negara kita bermula daripada rumah yang lebih dikenali sebagai “Kampungku”. Tema ini membolehkan para jurugambar mempamerkan kecintaan pada negara dari hati mereka menerusi rakaman foto “Kampungku”.

Rangkaian program KLPF 2019 adalah:
Agenda Fotografi
1. Pameran Fotografi Tahunan KLPF “Kampungku”.
Jurugambar daripada negara kita dan sebahagian peserta luar negara mempamerkan kecintaan mereka pada tanah air menerusi imej bertemakan “Kampungku”. 159 keping hasil karya terpilih dipamerkan daripada 85 orang jurugambar dari seluruh negara.
2. Program Jurugambar Muda.
Program kajian oleh KLPF yang bercirikan bengkel dan sesi praktikal untuk pelajar di sekolah-sekolah terpilih. Tujuan utama program ini untuk memupuk minat dalam bidang fotografi dikalangan pelajar sekolah. Hasil karya dari program ini dipamerkan disertai dengan sesi persembahan oleh pelajar diadakan semasa KLPF berlangsung. Lebih 20 sekolah yang terlibat termasuk tadika, sekolah tempatan, kolej dan universiti mempamerkan lebih 450 hasil karya mereka sendiri.
3. Pameran Foto Festival Antarabangsa.

Kolaborasi daripada organisasi festival antarabangsa membawakan siri pilihan editor mereka untuk dipamerkan di Kuala Lumpur Photography Festival. Selain daripada kolaborasi terdahulu bersama-sama The Photographic Society of Singapore, Eyes on Main Street daripada Wilson, Utara Carolina dan Jeonju International Photo Festival, kita juga bakal menyaksikan penyertaan daripada Women Street Photographers dari New York dan Taiwan Photo Museum.
4. “Street Extravangza” merupakan siri utama kami dalam program fotografi jalanan.
Pengunjung KLPF dapat melibatkan diri dalam forum, seminar dan bengkel fotografi. Antara rangkaian program merupakan
Forum:
(a) “Where are we in Street Photography?” Moderator oleh Raja Indra Putra dengan barisan ahli panel Azul Adnan, Jerome De Perlinghi dan Gulnara Samoilova.
(b) “Perkembangan Semasa Street Photography di Malaysia” Moderator oleh Nazeehah Zaini dengan barisan ahli panel Maia Asan dan Amirul Johari.
Seminar oleh jurugambar dari genre fotografi jalanan:
(a) “Shutter Therapy” oleh Robin Wong
(b) “Seeing Beyond Reflections” oleh Azul Adnan
(c) “Mobile Photography” oleh Yang Zi XIong
(d) “Eyes on Mian Street Photo Festival” oleh Jerome De Perlinghi
(e) “Women Street Photographers” oleh Gulnara Samoilova
Bengkel fotografi:
“Street Portrait with a Backrop” oleh Jerome De Perlinghi
5. Bengkel Fotografi.
Empat bengkel fotografi dijadualkan dengan matlamat untuk membantu dan mendidik jurugambar dalam hala tuju mereka dalam bidang fotografi.
Jumaat 23 Ogos
2 petang – 4 petang “Street Portrait with a Backdrop” oleh Jerome De Perlinghi
Bengkel ini mengajar peserta cara pantas dan menarik untuk merakam gambar potret di jalanan.
Sabtu 24 Ogos
4 petang – 6 petang “Make your images chant” oleh Jamason Chen
Bengkel ini mengajar peserta bagaimana untuk memilih dan menyusun imej mereka kepada siri yang menarik. Skill diperlukan apabila jurugambar ingin mempersembahkan hasil karya mereka di galeri mahupun pameran.
Ahad 25 Ogos
11 pagi – 1 petang “Portrait Photography” oleh Lin Sheng
4 petang – 6 petang “Exposure in Digital Era” oleh Alex Ng

6. Penyertaan Pameran oleh persatuan fotografi dan kumpulan komuniti kebudayaan.
Selain rakan kongsi yang aktif seperti MNS, PSPJ, FJM, ASFON dan SPM, organisasi yang turut terlibat merupakan ISP Collective, Jurugambar.com, kumpulan pengguna GoPro, Bintulu Visual Arts Club, Colours of the World, Segamat Photography Society, Jungle School Gombak, Miri Photographic Society dan banyak lagi.
7. Seminar Fotografi dan Pelancongan.
Dikenali sebagai Photomania dan Travelmania – merupakan sesi seminar dimana jurucakap berkongsi ilmu berharga kepada penonton. Semua sesi adalah percuma dan topik terbuka kepada kepelbagaian genre. Tahun ini terdapat lebih 100 seminar dijadualkan di bilik seminar 1, 2, 3 dan ruang Travel Square. Antara seminar terhangat merupakan seminar oleh Ariff Awaluddin dan Soraya Yusof Talismail yang bakal berdialog dengan tajuk mereka “Celebrating our Differences”.
Program dibawah Agenda Pelancongan
1. Pilihan Editor: Pameran Foto “The 10 Most Epic Travels”
Kajian lokasi pelancongan yang mungkin menjadi lokasi idaman anda untuk terokai ini dirancang oleh editor kami. Perjalanan yang penuh kaya dengan penjelajahan, pengembaraan, pengalaman dan memori seumur hidup ini tidak mudah untuk dilupakan. Pilihan pelancongan epik ini terdiri daripada:
(1) The loneliest drive to the Arctic Circle (The Trans-Alaska Drive)
(2) A whale of a time with the whole white wilderness (Antarctica Expedition)
(3) Stumbling upon Marco Polo’s footsteps (Central Asia Road Trip)
(4) Fired by the hell on earth (Ethiopian Adventure at Danakil Depression)
(5) Where heaven comes to earth (South American Exploration Circuit)
(6) Where time stood still (Central America Time Travel)
(7) The blue gem of Siberia (Trans Siberia Train Experience)
(8) Where the dune drops into the ocean (Trans Namibia Road Trip)
(9) Origin of the Golden Horse Awards (Taiwan Off-shore Islands)
(10)Traverse in the heart of Himalaya (Nepal-Tibet Overland Crossing)
2. Pameran Foto Pelancongan dan Kebudayaan
(a) Tourism Thailand
(b) Tourism Taiwan
(c) Tourism Selangor
(d) Tanzania Tourist Board
(e) Uganda Tourism Board
(f) Ethiopian Airlines
(g) EVA Air
3. “Taste of Travel” Marketplace
Program “Taste of Travel” merupakan penyertaan besar-besaran dalam festival kami tahun ini. Bagi kami, melancong bukanlah sekadar untuk merakam swafoto. Melancong merupakan penjelajahan dan proses untuk belajar erti kehidupan. Dengan adanya program “Taste of Travel” ini, kami berharap dapat membawa kembali memori pengalaman hebat dalam pelancongan kami dan mengajar menghargai kenikmatan rasa makanan tempatan. Bazar “Taste of Travel” menjadi tempat dimana pengunjung boleh merasai keunikkan makanan tempatan yang masih dibuat dengan cara tradisional.
Latihan penyediaan makanan tempatan ini merupakan salah satu warisan yang tidak dapat dilupakan. Setelah bertahun kami mengembara ke pelusuk negeri-negeri di Malaysia, kami berjaya merekod warisan ini menerusi buku kami bertajuk “Taste of Malaysia”. Berikutan peredaran zaman, latihan tradisional ini juga bakal dilupakan. Inilah matlamat kami untuk membantu mengekalkan warisan ini dengan mempromosikan kepada orang ramai.
4. Pertandingan dan aktiviti DIY
Bagi mengisi masa lapang antara sesi, pengunjung Kuala Lumpur Photography Festival boleh menyertai aktiviti DIY dan pertandingan seperti rakaman model, tarian, aktiviti DIY dan tidak ketinggalan aktiviti mewarna dan membuat tanglung untuk kanak-kanak.
Sepanjang 3 hari acara KLPF, pertandingan fotografi telah diadakan untuk para pengunjung meluangkan masa di samping memantapkan lagi bakat mereka dalam bidang ini dengan penyertaan 3 pertandingan yang telah disusun rapi iaitu KLPF 2019 Model Shoot, KLPF 2019 Dance Photography Contest dan Young Photographer Contest. Ketiga-tiga pertandingan mengkehendaki peserta untuk mengepos dalam laman sosial event Facebook KLPF Malaysia ruangan Discussion disertai dengan tanda pagar mengikut pertandingan yang disertai. Pemenang bagi kesemua pertandingan diumumkan menerusi laman sosial Facebook KLPF Malaysia pada 30 September 2019.
Selama 23 tahun ini, KLPF telah dibuka kepada orang ramai secara percuma bagi pengunjung beroleh ilmu pengetahuan di samping mengenali rakan seperjuangan baharu serta berkongsi pendapat yang ada. Segala apa yang telah disampaikan oleh para jurucakap Photomania dan Travelmania diharap dapat menjadi panduan yang berguna kepada semua untuk terus menceburi bidang ini.
Kami warga editorial majalah Fotografika selaku salah satu majalah bagi penganjur KLPF mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur festival OPPO, penganjur lokasi Viva Expo Hall, semua pempamer yang terlibat, jurucakap Photomania dan Travelmania serta pengunjung yang telah hadir secara langsung mahupun tidak langsung dalam memberi sokongan padu pada setiap acara yang telah kami adakan. Tahun ini kita mencatat rekod yang memberangsangkan dengan catatan 40,000 pengunjung bagi ketiga-tiga hari acara KLPF berlangsung. Kita jumpa lagi dimasa hadapan Kuala Lumpur Photography Festival (KLPF) 21-23 Ogos 2020!

