Nilai etika dalam seni fotografi

10/04/2019 | miza

Teks & Foto: Mohd Pirdaus Bin Mat Husain

 

TIDAK dapat dinafikan bahawa fotografi mampu untuk memberi satu penghayatan baru kepada khalayak dalam memahami sesuatu maksud gambar. Rasa ingin tahu telah menolak khalayak untuk mendalami maksud dan makna sebenar terhadap gambar yang di paparkan. Setiap gambar yang dirakamkan oleh jurugambar sebenarnya mempunyai pelbagai maksud tersurat dan tersirat. Benar kata pepatah “A picture is worth a thousand words”.

2Namun begitu, dalam mendalami maksud sebenar gambar yang di paparkan, khalayak seharusnya sedar bahawa setiap daripada gambar yang di paparkan itu mempunyai nilai etika tersendiri. Nilai etika ini seolah-olah dipandang remeh oleh khalayak, demi untuk mendapatkan kepuasan ketika melakukan perkongsian.
Apakah itu nilai etika dalam seni fotografi? Soalan ini di anggap sebagai tidak mempunyai sebarang makna, kerana sesiapa saja mampu untuk menghasilkan gambar. Namun begitu, nilai etika dibentuk demi memastikan agar gambar yang dilihat oleh khalayak di tapis terlebih dahulu sebelum ianya dikongsi bersama khalayak yang lain.

3Perkongsian yang dilakukan oleh pengguna media sosial di anggap sebagai satu perbuatan untuk berkongsi apa saja maklumat yang diperolehi. Apa sahaja bebas untuk dikongsi. Namun begitu, mereka perlu peka dengan maklumat tersebut serta memahami isi kandungan sebenar sesuatu gambar. Tidak salah untuk berkongsi, akan tetapi perkongsian yang bermanfaat sahaja yang perlu dikongsikan bersama. Ini jelas menunjukkan bahawa kefahaman pengguna terhadap media perlu di perbetulkan bagi memastikan bahawa mereka memahami etika sebenar di dalam perkongsian gambar.

4Fotografi sepatutnya dijadikan sebagai medium untuk menyebarkan kebaikan,kebenaran dan kasih sayang. Ini kerana, penggunaan fotografi mampu untuk menyampaikan maksud secara terus kepada khalayak. Sebagai contoh perkongsian tentang isu alam sekitar ataupun kehidupan sosial masyarakat.
Walaubagaimanapun, kemajuan teknologi bukanlah penyebab kepada isu sebegini. Ianya berbalik kepada siapa yang menggunakan teknologi tersebut. Sekiranya ia digunakan kearah kebaikan, maka hasil nya baik dan jika digunakan ke arah yang tidak baik, maka hasilnya tidak baik. Tepuk dada, tanya lah apa yang kita lakukan ini cukup baik dalam mendidik atau sebaliknya. Justeru itu, kita perlu memahami bahawa setiap daripada kita tidak dapat dipisahkan daripada etika dan moral. Hal ini adalah kerana setiap perbuatan dan amalan yang dilakukan diperhati oleh Maha Pencipta. Jika sesuatu perkara itu baik dilakukan maka tidak salah untuk dilakukan dan jika perkara itu tidak baik dilakukan seharusnya patut dijauhi.

s

Mohd Pirdaus Bin Mat Husain
Pelajar, Doktor Falsafah (Komunikasi)
Pusat Pengajian Komunikasi & Masyarakat Digital
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia.