Bersempena persidangan antarabangsa World Class Sustainable Cities 2018 yang diadakan pada 27 September 2018, REHDA cawangan Wilayah Persekutuan, MIP dan PAM dengan sokongan oleh Kuala Lumpur City Hall serta tajaan hotel oleh Red Hotel Kuala Lumpur telah menganjurkan pertandingan fotografi WCSC 2018 dengan tema ‘City Living in the Future’. Pertandingan yang mengambil masa 4 bulan bermula bulan Mei 2018 ini telah berjaya mengutip sebanyak 655 keping gambar dengan penyertaan seramai 102 orang peserta. Setiap peserta berpeluang menghantar sebanyak 20 keping gambar beserta kapsyen pendek. Hadiah Utama telah dimenangi oleh Tay Yi Tong, beliau berjaya memenangi wang tunai RM2,000, buku sumbangan PCP Publications, sijil penyertaan dan penginapan 3 hari 2 malam di Red Hotel Kuala Lumpur. Dua orang pemenang Hadiah Merit dimenangi oleh Ho Sin See dan Kan Keng How. Masing-masing menerima wang tunai RM500, buku dan sijil penyertaan. Manakala, lima pemenang Hadiah Saguhati menerima wang tunai RM200, buku dan sijil penyertaan. Barisan pemenang merupakan Mohd Samsi Bin Sumairi, Goh Sor Hoon, Ng Zhia Zhing, Muhammad Luqman Nafis Bin Abd Rahim dan Mohd Nazri bin Sulaiman.


