Pertandingan fotografi MTCC “Experience Forest, Experience MTCS-PEFC”

21/12/2018 | miza
SYN_6410
Gambar berkumpulan kesemua para pemenang dan wakil dari MTCC serta PCP Publications semasa majlis penyampaian hadiah 27 Oktober yang lalu

 

Pertandingan fotografi MTCC telah dianjurkan oleh Malaysian Timber Certification Council dan PCP Publications bermula bulan Jun lalu ini telah membuka penyertaan kepada semua warganegara Malaysia berumur 13 tahun keatas. Selama tempoh 4 bulan, pertandingan fotografi MTCC telah menerima sebanyak 133 penyertaan daripada orang ramai dengan jumlah 990 keping gambar dan 12 video pendek. Terdapat 4 kategori dipertandingkan iaitu ‘People & Forest’, ‘Forest & Forest Landscape’, ‘Forest & Animals’ dan kategori mobil ‘Wonders and Sounds of Nature’. Setiap peserta berpeluang menghantar maksimum 10 keping gambar bagi setiap kategori dan 5 video klip maksimum bagi kategori mobil. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan semasa KLPF 2018, 27 Oktober di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur. Hadiah Utama telah dimenangi oleh Mohd Samsi Bin Sumairi. Beliau telah berjaya membawa pulang wang tunai RM2,000. Manakala pemenang Hadiah Tempat Pertama bagi kategori ‘People & Forest’ dimenangi oleh Redzuan bin Bohari, kategori ‘Forest & Animals’ dimenangi oleh Pang Siew Peng dan kategori ‘Forest & Forest Landscape’ dimenangi oleh Teoh Wen Chong. Masing-masing menerima wang tunai RM1,000. Hadiah Merit dimenangi oleh 2 orang pemenang bagi setiap kategori dan masing-masing berjaya membawa pulang wang tunai RM500. Pemenang bagi kategori ‘People & Forest’ dimenangi oleh Mohd Nazri Sulaiman dan Zulazhar Shablee, kategori ‘Forest & Animals’ dimenangi oleh Chew Chun Hian dan Yaw Yean Chon dan dituruti dengan kategori ‘Forest & Forest Landscape’ dimenangi oleh Siow Yau Chu dan Neoh Choo Hoon. Lima orang pemenang hadiah saguhati bagi setiap kategori menerima wang tunai RM200. Pemenang bagi kategori ‘People & Forest’ dimenangi oleh Abdul Hafiz bin Ab Hamid, Mohd Nazri bin Sulaiman, Abdullah Mohd Tusof, Leong Chee Onn dan Ezy Azhar bin Zamzuri. Manakala barisan pemenang bagi kategori ‘Forest & Animals’ merupakan Tuan Aufa bin Tuan Othman, Yusuf bin Madi, Ng Chong Kiung, Tuan Aufa bin Tuan Othman dan Khairulanwar bin Edinin. Pemenang kategori ‘Forest & Forest Landscape’ terdiri daripada Choy Siew Kien, Yeap Ching Yeok, Yusuf bin Madi, Lim Kee Ming dan Ho Sin See. Kesemua pemenang kategori dan hadiah utama menerima buku sebagai hadiah sumbangan daripada PCP Publications. Pemenang kategori mobil dimenangi oleh Lee Yen Phin dengan mempamerkan video pendek keindahan pemandangan hutan tropika di Sabah beserta kemerduan bunyi alam semulajadi. Beliau membawa pulang wang tunai RM500. Kesemua hasil karya dan video pendek pemenang dipamerkan di booth MTCC semasa KLPF 2018 berlangsung.

094 DSC01233
Hasil karya pemenang Hadiah Utama, Mohd Samsi Bin Sumairi

 

011 (Kayu Bakau)
Hasil karya pemenang Hadiah Tempat Pertama kategori ‘People & Forest’, Redzuan bin Bohari
018 Teoh Wen Chong TG001
Hasil karya pemenang Hadiah Tempat Pertama kategori ‘Forest & Forest Landscape’, Teoh Wen Chong
017 C3009
Hasil karya pemenang Hadiah Tempat Pertama kategori ‘Forest & Animals’, Pang Siew Peng