Nikon Malaysia telah memperkenalkan Nikon Experience Hub (NEH) di Federal Arcade, Bukit Bintang yang menjadikannya pusat sehenti fotografi terbesar untuk peminat kamera, jurugmbar dan pembikin video. Pusat ini berkeluasan 295 meter persegi dilengkapi dengan fasiliti terbaharu menyediakan ruang kreatif kepada jurugambar dan pembikin video untuk berkumpul berkongsi idea dan minat mereka dalam bidang fotografi. Terdapat 6 fasiliti utama iaitu
- Zon Pengalaman – Pengguna boleh mencuba merakam dengan pelbagai rangkaian kamera Nikon
- Galeri – mempamerkan hasil karya fotografi yang pernah memenangi anugerah yang dirakam oleh jurugambar amatur dan peminat foto
- Nikon School
- Area Rundingan
- Jualan
- Pusat Perkhidmatan dan Pembaikian

www.nikon.com.my