
Western Digital telah memperkenalkan 2 SSD mudah alih baharu yang direka khas untuk jurugambar dan peminat fotografi drone yang ingin disk simpanan media tahan lama dan berprestasi tinggi, My Passport Wireless SSD dan SanDisk Extreme Portable SSD.
My Passport Wireless SSD
Drive mudah alih ‘semua dalam 1’ yang membantu memelihara gambar dan video yang dirakam menggunakan kamera mahupun drone. Bercirikan salinan kad ‘one-touch’ yang membolehkan kandungan disunting dan dikongsi. Malah dengan kapasiti baharu membolehkan peranti dicapai secara terus ke aplikasi kreatif mobil pihak ketiga seperti FiLMiC pro dan LumaFusion.
- Kelajuan pembaca kad SD sehingga 65MB/s dan butang salinan ‘one-touch’ yang memudahkan untuk menyalin foto dan video dari kad SD tanpa menggunakan komputer atau perisian tambahan
- Mudah alih, kalis gegaran dalam SSD membantu mengekalkan kandungan data dari gegaran, getaran dan terjatuh dari 1 meter, walaupun alatan sedang beroperasi
- Kelajuan pemindahan SSD terpantas (sehingga 390MB/s) ketika menggunakan port USB 3.0 untuk memindahkan file dari dan kepada komputer PC atau Mac
- Ketahanan bateri sepanjang hari (sehingga 10 jam dengan penggunaan berterusan)
- Strim tanpa wayar video 4K dan ulangan foto menggunakan aplikasi mobil My Cloud
- Sokongan imej RAW
SanDisk Extreme Portable SSD
SanDisk Extreme Portable SSD yang tahan lasak menawarkan pemindahan berkelajuan tinggi sehingga bacaan kelajuan 550MB/s, menjadikannya sesuai untuk menyimpan dan menyunting foto dan video beresolusi tinggi. Kadar IP55 bermaksud ia tahan bahaya seperti hujan, percikan, habuk dan tumpahan. Menawarkan kapasiti sehingga 2TB, SanDisk Extreme Portable SSD baharu sesuai untuk rakaman foto ekstensif.
- Pindahan berkelajuan tinggi sehingga 550MB/s
- Tahan lasak, kalis air dan kalis habuk
- Kompak dan rekaan alatan bersaiz poket tapi mampu menawarkan prestasi tinggi dan berkapasiti besar
- Boleh digunakan untuk komputer PC dan Mac serta mempunyai 3 tahun waranti