
Fujifilm Malaysia telah melancarkan Pameran Foto “Shoot.Print.Share” di Sunway Piramid dengan tema “My Malaysia Memory”. Pameran ini diadakan dari 13-19 November di enam kawasan dalam pusat beli-belah Sunway Piramid iaitu Orange Atrium, Orange Avenue, Central Avenue, (Aras 2 bawah tanah); Pintu utama Sunway, kawasan pancuran air dan kawasan pagar gelanggang ais. Turut hadir memeriahkan majlis, selebriti Ajak Shiro, Anzalna Nasir dan Alvin Chong. Semasa pelancaran, ‘100 Foto Terbaik’ telah dipilih dan setiap peserta tersebut telah dihadiahkan buku koleksi edisi terhad yang memaparkan 100 foto tersebut dan satu unit instax Mini 70 beserta filem sebagai tanda penghargaan. Pameran foto ini diilhamkan oleh pameran foto terbesar Jepun “PHOTO IS 50,000” yang dianjurkan setiap tahun selama 12 tahun oleh Fujifilm Corporation dalam usahanya untuk menggalakkan orang ramai mencintai fotografi dan memberi peluang foto mereka dipaparkan di 32 tempat di seluruh Jepun. Dalam majlis yang sama, Fujifilm Malaysia turut juga meraikan ulang tahun pertama Wonder Photo Shop. Pelbagai promosi menarik ditawarkan kepada pelanggan dari bulan ini hingga akhir tahun. Dalam masa yang sama, Fujifilm juga turut memperkenalkan pencetak telefon pintar instax terbaharu, SHARE SP-3. Sasaran utama SP-3 adalah untuk pengguna Instagram bagi memudahkan perkongsian foto dan foto boleh dicetak serta-merta.


www.shootprintshare.fujifilm.my.