
Kamera DSLR Nikon format DX, D7500 telah diumumkan sebagai penerima Kamera DSLR Prosumer Anugerah EISA 2017-2018. D7500 dilengkapi dengan enjin pemproses imej EXPEED 5 dan sensor CMOS format DX yang sama dengan model kamera digital SLR format DX yang menawarkan kualiti imej dengan minimum ‘noise’ pada julat sensitiviti standard ISO 100-51200. Kualiti imej lebih baik dan prestasi kelajuan tinggi serupa dengan D500 ini direka dalam bentuk ringan menjadikan D7500 popular dikalangan pengguna daripada jurugambar tahap permulaan hinggalah berpengalaman.
Kesimpulan dari komen EISA
D7500 merupakan kamera DSLR yang dilengkapi dengan inovasi D500 dan direka dalam bentuk ringan, teguh dan mampu dimiliki. Menggunakan sensor imej yang sama 20.9 megapiksel, prosessor dan julat luas ISO, menjadikan D7500 alatan yang berkemampuan membantu jurugambar. Dengan kelajuan 8 bingkai per saat dan sistem AF 51 poin Nikon, ianya sesuai untuk merakam aksi pantas. Malah, dengan adanya teknologi SnapBridge Nikon, membolehkan imej dipindahkan secara pantas ke alatan pintar.
EISA
EISA (The European Imaging and Sound Association) merupakan persatuan unik yang dibentuk menerusi 50 majalah berkepentingan khas daripada 20 wilayah Eropah. Secara umumnya dikenali sebagai Anugerah Eropah EISA. EISA bermula pada 1982 apabila ketua editor bagi 5 buah majalah foto Eropah bersama-sama memilih “The Camera of the Year” untuk kali pertama. Pada 1989, persatuan ini bertambah dengan kemasukkan 10 majalah foto yang lain. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.eisa.eu.