Temuramah: Miza Foto: Gina Vasquez

Gina Vasquez merupakan jurugambar potret dan seni halus yang berasal dari New York. Beliau mendapat inspirasi untuk menjadi seorang jurugambar setelah beliau tertarik dengan hasil karya seni halus ketika berumur 16 tahun. Beliau amat mengagumi emosi yang ditonjolkan menerusi imej tersebut. Bermula dari situ, beliau amat meminati fotografi. Walaupun ketika itu beliau tidak kamera, beliau banyak mengisi masa lama dengan membaca artikel fotografi dan belajar mengenainya. Setelah beliau berpeluang memiliki sebuah kamera DSLR permulaan pada umur 17 tahun, beliau terus mempraktikkan apa yang telah dipelajari sebelum ini. Beliau mula memuat naik hasil karya di laman sosial Flickr dan hasil karya beliau digemari ramai.

Beliau bermula dalam bidang fotografi ini menerusi pembelajaran sendiri dan cuba mereka cipta mengikut kreativiti sendiri dan ianya tidak pernah berubah sehingga kini. Kebanyakkan hasil karya beliau berinspirasikan emosi dan pengalaman. Apa yang tercipta pada hasil karyanya merupakan perasaan dan emosi yang beliau ingin luahkan pada ketika itu.

Fotografi mempunyai pelbagai maksud yang adakalanya tidak pernah beliau terlintas memikirkannya. Baginya ia merangkumi pelbagai perkara. Ia merupakan kreativiti dan cabaran dimana beliau menyukai memikirkan idea yang tidak terlintas dalam fikiran orang lain, berlatar belakangkan bangunan, cuaca yang tidak menentu dan kelihatan lain dari lain di khalayak orang ramai. Tiada bandingannya apabila imej dimuat turun dalam perisian Adobe Photoshop dan konsep yang ingin diketengahkan menjadi nyata setelah imej selari dengan idea yang ingin beliau sampaikan. Malah, fotografi juga bermaksud cinta dan persahabatan dimana ianya merupakan perkara yang spontan beliau akan katakan apabila seseorang bertanyakan mengenai maksud fotografi padanya. Baginya, maksud fotografi mempunyai hubungan yang rapat pada orang yang beliau temui dan berkembang selari dengan perjalanan hidup.

Hasil karya yang beliau amat mengemari merupakan “Friendship is the greatest adventure of all”. Ianya adalah idea yang beliau rancang setelah sekian lama dan mengujakan! Rakan jurugambar Christian Benetel dan Ben Zank (tiada model terbaik selain sebuah ikatan persahabatan dua rakan ini) turut serta bersama-sama beliau merakam di pantai beku pada hari jadinya. Ketika merancang menjayakan imej ini, beliau mengetahui bahawa imej ini perlu pascapenyiaran yang lebih dan ianya merupakan ganjaran yang besar setelah dapat menyiapkannya. Amat berbaloi apabila melihat kejayaan hasil karya tersebut sama seperti yang di impikan setelah menempuh kesejukkan yang amat sangat. Malah, hasil karya tersebut menjadi kulit buku. Ianya merupakan pengalaman yang menyeronokkan dari permulaan sehingga pengakhiran.

Brooke Shaden dan Kirsty Mitchell merupakan dua jurugambar profesional yang sentiasa memberi inspirasi kepada beliau dari hati untuk bertambah baik. Brooke Shaden dan hasil karya beliau sentiasa mengingatkan beliau akan keghairahannya pada fotografi. Ketika beliau menghadapi kesulitan, hasil karya dan blog Brooke Shaden banyak memberi inspirasi untuk bangun mencipta dan berimaginasi. Kirsty Mitchell pula memberi inspirasi dari segi teknik. Dedikasi dan perhatian yang penuh dalam butiran seni halus yang beliau terapkan dalam hasil karya beliau memang amat mengagumkan. Beliau masih mengingati melihat sendiri hasil karya Kirsty Mitchell yang telah dicetak dan ianya merupakan pengalaman yang tidak dilupakan.
http://ginavasquez.com/
Facebook: Gina Vasquez Photography

Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah Fotografika isu 33 (Feb/Mac 2017)
