
Bercirikan kelajuan yang pantas dan rekaan yang menawan, My Passport SSD baharu bersaiz tapak tangan ini direka untuk peminat barangan teknologi yang inginkan kombinasi kelajuan yang menggagumkan walaupun bersaiz kecil dan ringan. Dengan kepantasan sehingga 515 MB, My Passport SSD merupakan alatan My Passport yang terpantas dalam rangkaian jenama Western Digital. Direka untuk komputer dan boleh digunakan pada Mac, My Passport SSD menawarkan penyulitan perkakasan AES 256-bit dan perlindungan kata kunci di samping kalis hentakan yang diuji tahan lasak dengan menjatuhkannya setinggi 6.5 kaki. My Passport SSD merupakan alatan simpanan yang sesuai untuk menyimpan ribuan foto dan video serta sebagai salinan kedua untuk dokumen penting. Alatan baharu ini boleh didapati dalam kapasiti 1TB, 512GB dan 256GB serta didatangkan dengan perisian WD Backup yang membolehkan pengguna membuat salinan kedua secara automatik.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk, layari laman sesawang https://www.wdc.com/products/portable-storage/my-passport-ssd.html.
