Temuramah: Miza Foto: Sarah Ann Loreth

Sarah Ann Loreth merupakan jurugambar seni halus dan kembara daripada New England, United State. Perwatakkan beliau lebih kepada pendiam dan cenderung meminati senaman yoga serta berjalan sendirian dalam hutan. Selain daripada fotografi, beliau juga meminati memasak, bercucuk tanam dan menulis cerita. Beliau mula melibatkan diri dalam bidang fotografi sejak 5 tahun lalu di saat beliau menghadapi kesukaran dalam kehidupannya. Pada ketika itu, beliau tertekan dengan pekerjaannya dalam bilik operasi yang bertarung dengan kerisauan dan agorafobia. Baginya merakam gambar merupakan salah satu bentuk terapi untuk menenangkan tekanan kehidupan seharian. Bermula dengan dinding putih di dapurnya, beliau mula mempelajari bagaimana untuk menggunakan kamera dengan merakam potret diri sendiri. Beliau juga mula melakar konsep yang ingin dirakam dan mempamerkan hasil karyanya secara atas talian. Dengan memainkan pelbagai watak yang berlainan di tempat kerjanya, beliau berjaya mencari kehendak diri dan kekuatan diri sendiri. Tidak lama selepas itu, beliau meletakkan jawatannya di hospital untuk mengembara dan mengajar orang ramai.

Matlamat utama beliau adalah untuk menyampaikan penceritaan. Beliau mencuba pelbagai medium yang boleh dilakukan daripada menulis, melakar, melukis akan tetapi semua tidak menjadi. Sehinggalah beliau mula merakam dan membuat latihan, baru beliau mengetahui bahawa merakam merupakan medium yang paling terbaik untuk meluahkan emosi beliau.

Kadang kala beliau sentiasa mengingati ungkapan kata dalam buku yang dibacanya. Daripada situ, beliau menyalin ungkapan tersebut dalam buku notanya dan ianya dijadikan sebagai inspirasi kepadanya untuk melakar dan seterusnya merakam sesebuah hasil karya. Kebanyakkan model yang digunakan sebagai subjek bagi hasil karyanya merupakan ahli keluarga, rakan-rakan mahupun dirinya sendiri. Ini kerana mereka lebih mengetahui apa yang beliau kehendaki dalam sesebuah karya.
Tidak terlintas di fikirannya untuk menjadi seorang jurugambar profesional dan dikenali kerana pada permulaannya beliau menghadapi agorafobia dan kerisauan yang membimbangkan. Malah, beliau juga tidak terjangka beliau telah mengembara ke Amerika Utara untuk mengajar bengkel fotografi untuk orang sana. Beliau lebih selesa bekerja sendirian atau dengan seorang rakan kerana beliau lebih mengemari produksinya kelihatan minimal dan semulajadi terutama apabila lokasi tersebut hanya memuatkan satu konsep yang telah beliau tulis ketika beliau mengembara bersama-sama rakan.

Dengan mencipta sesebuah karya ia merupakan perjalanan kehidupan yang menarik bagi seorang manusia di muka bumi ini malah ia mampu mengubah cara anda melihat dunia.
www.sarahannlorethphotography.com
Flickr: Sarah Ann Loreth
Facebook: Sarah Ann Loreth Photography
Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah Fotografika isu 30 (Apr/Mei 2016)
