Teks & Foto: Shuhada Hasim

Di sebalik wajah yang bermacam rupa. Kejadian Tuhan yang ajaib. Ada yang berwajah sama tapi tidak serupa. Terlalu ramai yang tidak sama.

Setiap kejadian adalah indah, hanya manusia yang suka membezakan rupa wajah. Cantik dan tidak sering dibandingkan. Wujudlah rasa tinggi diri dan rendah diri dalam mengukur neraca buatan manusia. Sang Pencipta itu mewujudkan yang cantik dan yang hina untuk menunjukkan KekuasaanNya. Hanya Dia yang Maha Mengetahui siapakah yang indah hatinya atau siapakah yang tidak, kita manusia hanya ada mata dan ukuran sedikit citarasa masing-masing.
Setiap yang terlindung, mata kasar tidak akan nampak. Mata hati yang dianugerahkan kepada setiap manusia itu, yang akan membangkitkan rasa cinta atau jelik.
Hanya jauhari mengenal manikam, kata pujangga. Hanya sang Pencipta mengenal indahnya hati dan mata berbicara apakah yang kita saksikan.
Disebalik hijab yang dilabuhkan, tersembunyi amanah berharga.
Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah Fotografika isu 28 (Dis 2015/Jan 2016)
