Time For Taiwan

01/08/2017 | miza

Teks & Foto: Miza

 

DSCF8665
Replika ‘LOVE’ ini menjadi simbol tumpuan pelancong di Taipei 101

 

Taiwan merupakan kepulauan yang dikelilingi oleh lautan Pasifik dan laut China Selatan. Masyarakatnya terdiri daripada kepelbagaian kumpulan etnik dan agama. Bahasa mandarin merupakan Bahasa kebangsaan masyarakat Taiwan. Taiwan terdiri daripada rupa bentuk muka bumi yang berbeza kerana adanya bukit-bukau, gunung berapi, tanah rata, air terjun dan laut. Ditambah lagi dengan keramahan penduduk setempat untuk membantu para pelancong jika sesat ataupun bertanya arah jalan. Taipei merupakan ibu negeri Taiwan yang berkedudukan di utara Taiwan. Pembangunan di Taipei begitu pesat dan maju dengan adanya perkhidmatan keretapi laju, kemudahan MRT yang cekap dan sistematik. Walaupun pembangunan yang makin pesat, mereka masih menghargai peninggalan sejarah yang unik dan membangunkan tempat tersebut untuk dijadikan kawasan tarikan pelancong.

 

DSCF8448
Chiang Kai-shek Memorial Hall antara lokasi yang anda perlu lawati jika ke Taipei
DSCF8383
Adat istiadat pertukaran pengawal ini menjadi tumpuan pelancong apabila anda berpeluang melihatnya sekali dalam seumur hidup
DSCF8485
Masjid Utama Taipei yang terletak di daerah Daan
DSCF8521
Kaum wanita beragama Islam yang telah lama berhijrah ke sini menjual makanan halal dikawasan masjid untuk para jemaah nikmati setelah usai solat Jumaat

 

Bandar Taipei

Taiwan merupakan kepulauan yang dikelilingi oleh lautan Pasifik dan laut China Selatan. Masyarakatnya terdiri daripada kepelbagaian kumpulan etnik dan agama. Bahasa mandarin merupakan Bahasa kebangsaan masyarakat Taiwan. Taiwan terdiri daripada rupa bentuk muka bumi yang berbeza kerana adanya bukit-bukau, gunung berapi, tanah rata, air terjun dan laut. Ditambah lagi dengan keramahan penduduk setempat untuk membantu para pelancong jika sesat ataupun bertanya arah jalan. Taipei merupakan ibu negeri Taiwan yang berkedudukan di utara Taiwan. Pembangunan di Taipei begitu pesat dan maju dengan adanya perkhidmatan keretapi laju, kemudahan MRT yang cekap dan sistematik. Walaupun pembangunan yang makin pesat, mereka masih menghargai peninggalan sejarah yang unik dan membangunkan tempat tersebut untuk dijadikan kawasan tarikan pelancong.

 

DSCF2440
Daan Park merupakan kawasan rekreasi yang menarik kerana di sini anda berpeluang melihat haiwan yang menjadikannya habitat untuk berteduh disamping orang ramai boleh menjalankan aktiviti riadah seperti biasa
DSCF2402
Salah seekor tupai yang jinak mendekati kami apabila kami memberinya kacang

 

Terdapat banyak tempat yang menarik anda boleh lawati di Bandar Taipei daripada kota metropolitan, tempat bersejarah, pelbagai jualan makanan tempatan, jualan barangan dan pakaian serta alam semulajadi. Umumnya bangunan Taipei 101 merupakan bangunan kemegahan bagi rakyat Taipei dengan rekaan daripada buluh dan pagoda setinggi 508 meter dengan jumlah 101 tingkat menjadikannya bangunan ketiga tertinggi di dunia. Chiang Kai-shek Memorial Hall merupakan tempat yang penuh bersejarah bagi memperingati Presiden Chiang Kai-shek terletak di lokasi yang strategik dengan kawasan berukuran 250,000 meter persegi. Orang ramai boleh melihat adat istiadat pertukaran pengawal yang dilakukan setiap jam dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Bagi pengunjung beragama Islam, mereka boleh melawat Masjid Utama Taipei yang terletak di daerah Daan.

 

DSCF2692
Raohe St. Night Market antara salah satu pasar malam yang perlu anda lawati jika ke Taipei. Pelbagai makanan, minuman, barangan dan pakaian dijual disini dengan harga yang berpatutan
DSCF2661
Wufenpu merupakan syurga bagi kaki shopping kerana disini mempunyai puluhan kedai yang menjual pakaian yang mengikut trend semasa dan anda boleh membelinya dengan harga yang murah!
DSCF2370
Bagi pengunjung beragama Islam, anda tidak perlu lagi risau kerana di Taipei mempunyai kedai makan halal yang menghidangkan masakan tempatan. Anda boleh merasa makanan tempatan halal yang terkenal di Taipei seperti mee sup daging ini dan yang menariknya mee ini dibuat sendiri oleh tukang masak

 

Sememangnya Taiwan terkenal dengan pasar malamnya dan pasar malam paling popular dan terbesar dikenali sebagai Shilin Night Market yang terletak di daerah Shilin, Taipei Taiwan. Pelbagai barangan daripada pakaian hinggalah cenderahati dan makanan dijual di sini. Shilin Night Market merupakan pasar malam yang anda harus pergi jika melancong di Taiwan ini. Salah satu pasar malam yang popular di bandar Taipei ini juga ialah Raohe St. Night Market. Pelbagai makanan dihidangkan kepada pengunjung yang ingin merasai makanan pasar malam termasuklah snek tempatan, ais kacang buah-buahan, mi sup daging, minuman herba dan banyak lagi. Malah, para pengunjung juga boleh saling tawar-menawar dengan penjual bagi mendapatkan harga yang lebih murah jika anda membeli dengan banyak. Manakala Wufenpu merupakan zon komersial khusus dalam pakaian di Taiwan. Sejumlah 1,000 kedai yang menjual pelbagai jenis fesyen pakaian dan barangan yang dijual mengikut musim. Harganya yang lebih murah dan mampu milik ini membuatkan penggemar beli belah rambang mata apabila sesetengah kedai menawarkan NT$ 100 untuk dua helai pakaian.

Ikuti tempat menarik yang patut di lawati di Taiwan pada isu hadapan!

 

DSCF2736

China Airlines
Perjalanan anda tidak lengkap jika anda tidak menaiki kapal terbang China Airlines, syarikat penerbangan kebangsaan negara Taiwan! Penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Taiwan mengambil masa 4 jam 30 minit ini benar-benar terasa sekejap apabila anda menerima layanan yang memuaskan daripada krew kapal terbang dan kemudahan sediada yang terdapat dalam kapal terbang ini. China Airlines (CAL) merupakan syarikat penerbangan terbesar di Taiwan yang beroperasi ke 115 destinasi dalam 29 negara dan wilayah termasuk Asia, Eropah, Amerika, Lautan Pasifik dan keseluruh Taiwan. Dengan 86 armada termasuk 65 jet penumpang dan 21 pesawat angkut, China Airlines mengembangkan kepada 14 A350-900 jet penumpang Airbus baharu yang bakal sertai armada bermula pada tahun 2016.

 

DSCF2754
Makanan halal juga ada disediakan bagi pengunjung beragama Islam. Anda perlulah menempahnya ketika membeli tiket penerbangan
DSCF2757
Penulis bersama-sama salah seorang krew China Airlines yang tidak jemu memberikan senyuman!

 

Sejak China Airlines (CAL) melancarkan rancangan “NextGen” (Next Generation), imej pengangkutan antarabangsa ini diperbaharui dengan rekaan dalaman kabin yang baharu, pakaian seragam krew baharu dan tambahan pesawat pada barisan armada. Pakaian seragam baharu berkonsepkan gabungan fesyen moden direka oleh pemenang anugerah pereka, William Cheng. Logo China Airlines diinspirasikan daripada kuntuman plum, bunga kebangsaan Taiwan dijadikan lambang merujuk kepada ketahanan dan ketabahan.

 

Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah Fotografika isu 27 (Okt/Nov2015)

FG27 Cover