Teks & Foto: Miza

Kamera Exilim FR100L dengan rekaan terkini yang amat mudah untuk dikendalikan apabila anda ingin merakam gambar swafoto sekeluarga tanpa bantuan orang lain. Kamera yang dilengkapi dengan 10.2 megapiksel ini membolehkan anda mendapatkan hasil imej yang jelas dan sempurna. Kameranya yang boleh dibahagikan kepada 2 bahagian memudahkan anda merakam dari pelbagai sudut rakaman. Malah, untuk menyerlahkan kesempurnaan gambar potret diri, EX-FR100L membolehkan saya melaraskan tahap kelicinan kulit dan warna kulit samaada ingin mencerahkan atau menggelapkan kulit. Dengan hanya memuat turun aplikasi sambungan EXILIM, kamera ini boleh disambungkan terus ke telefon pintar menggunakan Bluetooth bagi memudahkan saya memindahkan imej yang dirakam terus dimuat naik ke laman sosial.




